BuzzKini (@BuzzKini) header
BuzzKini (@BuzzKini) profile picture

| Laman Berita Social Malaysia | FB & Instagram: BuzzKini | Telegram: https://nitter.gq/t.co/YcCvHazCWb | Laman Web: https://nitter.gq/t.co/9O31VwOAOS

Malaysia
Joined April 2009
Photo by BuzzKini (@BuzzKini)Photo by BuzzKini (@BuzzKini)Photo by BuzzKini (@BuzzKini)Photo by BuzzKini (@BuzzKini)Photo by BuzzKini (@BuzzKini)Photo by BuzzKini (@BuzzKini)Photo by BuzzKini (@BuzzKini)Photo by BuzzKini (@BuzzKini)Photo by BuzzKini (@BuzzKini)Photo by BuzzKini (@BuzzKini)
Website kami sudah kembali seperti biasa. Layari laman buzzkini.my untuk berita trending, isu semasa, gaya hidup, tips, info dan banyak lagi.
2
2
3,344
Haa, lepas ni mesti takkan jumpa dah 🙂‍↔️ kekeke year end bonus lets gooo
50
Setiap ibu bapa pastinya mendoakan agar anak mereka membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Yelah, siapa yang tak gembira apabila ada anak yang taat pada perintah Allah SWT. Malah sebagai ibu bapa kita adalah individu yang memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri mereka untuk mengenali Allah SWT dan tidak meninggalkan suruhanNya seperti solat dan sebagainya. Baru-baru ini gelagat seorang kanak-kanak lelaki mencuri perhatian ramai apabila membuat persediaan untuk ke masjid bagi menunaikan solat subuh. ✍🏻: Afifa 🔎: Faez 🎨: Auni ⬆️: Naili buzzkini.my/trending/2026/11…
58
"Kepada mereka yang sudah berusia pula, jangan pernah berasa peluang belajar sudah tertutup kerana selagi kita bernafas dan masih mempunyai kemampuan, teruskan menuntut ilmu. "Saya juga berpengalaman namun masih sanggup duduk di dalam kelas, menyiapkan tugasan dan menerima tunjuk ajar daripada tenaga pengajar. "Ia kerana saya mahu orang melihat bahawa belajar bukan hanya untuk mendapatkan pekerjaan atau sijil semata-mata tapi inisiatif memperbaiki diri dan meningkatkan nilai sesuatu kemahiran yang kita miliki.” – Pak Andam, Megat Mat Akhir Megat Mohamad ✍🏻: Fatin 🔎: Faez 🎨: Fatin ⬆️: Naili buzzkini.my/trending/2026/11…
35
"AI boleh tulis resepi dalam 3 saat. Tapi kalau kek tu tak naik, dia (AI) tak rugi sebiji telur pun, " kata pempengaruh masakan, Che Nom. Malah menurutnya kalau perkara ini berterusan, dia mungkin mempertimbangkan untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada YouTube dan media sosial. ✍🏻: Hazwani 🔎: Faez 🎨: Auni ⬆️: Naili buzzkini.my/trending/2026/11…
37
Sebelum ini media melaporkan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua didakwa telah mempersendakan institusi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berkaitan isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam kenyataan tersebut, Tony Pua turut mengatakan mungkin segala pertanyaan patut ditanya kepada pihak istana untuk rakyat mendapatkan pencerahan. Terbaharu ekoran daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tony Pua, UMNO Kelantan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil tindakan terhadap Tony Pua. ✍🏻: Afifa 🔎: Faez 🎨: Auni ⬆️: Naili buzzkini.my/news/2026/11/12/…
41
Semalam (11 November), tular di media sosial kejadian seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang putus pergelangan tangan kanan selepas diserang oleh lelaki warga asing bersenjatakan parang. Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pangsapuri yang terletak Desa Aman Puri, Kepong itu, Lans Koperal Theirry Rodger Fendy putus pergelangan tangan kanan serta cedera pada bahagian kepala dan badan. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mangsa sedang menjalani pembedahan penyambungan semula anggota badan terbabit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dilaporkan stabil. Terbaharu, pergelangan tangan kanan anggota polis terbabit berjaya disambung semula setelah pembedahan kecemasan selesai pada jam 8.40 pagi tadi. Lapor Harian Metro yang memetik sumber, doktor pakar mengambil masa menjalankan pembedahan tersebut antara tempoh lapan sehingga 10 jam. Walau bagaimanapun, tahap pemulihan tangan mangsa masih belum dapat dipastikan sama ada dapat berfungsi sepenuhnya seperti biasa atau sebaliknya. Anggota polis itu kini ditempatkan di wad pembedahan HKL bagi pemantauan lanjut. ✍🏻: Fatin 🔎: Faez 🎨: Fatin ⬆️: Naili
165
Orang ramai khususnya penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) boleh mengaktifkan Pas MyKomuter50 bermula 16 November 2026.  Ini sebagai langkah persediaan untuk menikmati penjimatan tambang perjalanan harian menerusi perkhidmatan KTM Komuter apabila pas tersebut mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2026.  Dengan hanya RM50, pengguna yang layak dapat menikmati perjalanan tanpa had selama 30 hari bagi perkhidmatan terpilih. 🚉 Nak tahu caranya? Jangan lupa baca artikel penuh! ✍🏻: Hazwani 🔎: Faez 🎨: Auni ⬆️: Naili buzzkini.my/trending/2026/11…
22
“Seruan ini sudah terbalik dan luar tabi’e. Biasanya NGO yang buat seruan kepada menteri. “Tetapi nampaknya menteri PH sudah terlupa bahawa mereka adalah menteri sehingga menteri pula membuat seruan kepada NGO. “Bagi saya, beliau cuba untuk berlakon saja. Sengaja nak mencari publisiti.” - Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan ✍🏻: Fatin 🔎: Faez 🎨: Yana ⬆️: Naili buzzkini.my/trending/2026/11…
14
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkeras menolak cadangan mengembalikan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana bimbang sistem percukaian itu akan membebankan rakyat sendiri. “Saya berkeras tidak mahu GST. Bukan soal politik, apa nak politiknya kalau ia menguntungkan ekonomi negara dan menguntungkan rakyat." ✍🏻: Hazwani 🔎: Faez 🎨: Hazwani ⬆️: Naili buzzkini.my/news/2026/11/12/…
22
"Saranan saya kepada semua elemen (polis Kuala Lumpur) yang ada di lapangan, saya tidak mahu kejadian seperti yang berlaku di Gombak, berlaku terhadap anggota saya yang bertugas di 'barisan hadapan' (frontliner). "Jadi make sure (pastikan) seperti mana yang saya cakap, mesti ready (bersedia), mesti tahu draw, mesti tahu engage, keluarkan senjata api, ready cock (senjata), tembak. "Sekiranya ada apa-apa halangan, tembak. Ada keraguan, tembak. Ada rasa kerisauan, ada ancaman, tembak. Jangan tunggu.” - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus ✍🏻: Fatin 🔎: Faez 🎨: Yana ⬆️: Naili buzzkini.my/trending/2026/11…
1
56
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat hari ini (12 November) menjelaskan semua jenis sekatan dan perkara yang dibenarkan sepanjang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki tempoh pemenjaraan kes SRC International secara tahanan rumah di kediamannya. Antaranya adalah Najib dibenarkan tinggal bersama ahli keluarganya di kediamannya di Langgak Duta termasuk isteri, anak, menantu dan cucu. Walau bagaimanapun, bekas Presiden UMNO itu perlu mematuhi semua syarat dan sekatan sepanjang tahanan rumah. ✍🏻: Hazwani 🔎: Faez 🎨: Yana ⬆️: Naili buzzkini.my/trending/2026/11…
25
Tiada siapa yang tahu bila bencana akan terjadi, lagi lagi sekarang ni pun dah musim tengkujuh dan banjir. 🚨 Jadi, korang perlu tahu senarai 10 makanan yang boleh buat korang bertahan di saat genting. ✅ Sebaiknya beringat sekarang dan bersedia seawal mungkin. 📌 Swipe sampai habis, save posting dan share dengan keluarga atau kawan korang sebagai persediaan! ✍🏻: Afifa / Yanafauzi 🎨: Yanafauzi 🔎: Faez ⬆️: Naili
1
39
Jelas Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mangsa (anggota polis putus pergelangan tangan) pada mulanya dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dibawa ke HKL bagi menjalani pembedahan terbabit. "Insya-Allah, saya minta kita semua doakanlah supaya dapat disambungkan sebab dia sedang menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur dalam usaha untuk menyelamatkan tangannya," katanya. ✍🏻: Fatin 🔎: Faez 🎨: Auni ⬆️: Naili buzzkini.my/news/2026/11/12/…
126
Korang mungkin tak main-main dengan AI, tapi AI boleh mainkan korang balik kaw kaw! Dah terlalu banyak taktik scam guna AI sekarang ni, dan dah banyak kes betul-betul jadi. Makin ramai mangsa yang merayu minta tolong. Jangan sampai korang pun masuk dalam senarai tu. Sentiasa berhati-hati dan ambil tahu cara AI boleh scam korang dan orang-orang tersayang. Kes pada September 2025
26
Sebelum ini, media melaporkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan mendakwa pemimpin utama DAP tidak menerima gelaran kebesaran seperti Datuk kerana berkait dengan pendirian parti berkenaan. Menurut beliau, pemimpin parti berkenaan tidak cenderung untuk menerima gelaran berkenaan disebabkan tidak mahu mengiktiraf kedudukan serta institusi Raja-Raja Melayu. Terbaharu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka yang juga Naib Presiden Amanah, Adly Zahari menyelar dakwaan tersebut dan menyifatkan ia adalah fitnah. ✍🏻: Afifa 🔎: Faez 🎨: Auni ⬆️: Naili buzzkini.my/trending/2026/11…
85
Isyarat tangan semasa dalam keadaan kecemasan atau mahu meminta pertolongan dalam keadaan tersembunyi kebiasaannya melibatkan mangsa yang terlibat dalam kes penderaan. Semua pihak perlu cakna dengan isyarat ini kerana anda boleh segera membantu mereka jika ternampak isyarat ini dilakukan sama ada secara atas talian atau bersemuka. #berita #beritaterkini #Malaysia
52
“Rumah itu pun diwartakan sebagai penjara. Memang konsep penjara, anak bini tidak ada dalam tu. “Anak bini dia bukan tinggal sekali. Datin Seri Rosmah Mansor duduk Pavilion.” - Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid ✍🏻: Fatin 🔎: Faez 🎨: Auni ⬆️: Naili buzzkini.my/trending/2026/11…
47
Umum mengetahui infrastruktur jalan merupakan perkara yang sangat penting buat pengguna jalan raya. Yelah, jalan yang tidak diselenggara dengan baik adalah berbahaya. Ini kerana ia boleh menyebabkan kemalangan dan lebih buruk lagi sekiranya insiden itu merisikokan nyawa selain berlaku kecederaan tak diingini. Terbaharu seorang pengguna di Threads telah meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas sebuah jalan raya yang berlubang di Kuala Lumpur. ✍🏻: Afifa 🔎: Faez 🎨: Yana ⬆️: Naili buzzkini.my/trending/2026/11…
26