INISIATIF SABAH FIRST OLEH MINDET
(I) Pakej Pajakan Tanah Untuk Syarikat-Syarikat Tempatan Sabah Di Taman-Taman Perindustrian, dan
(II) Pengurangan Kadar ‘Container Storage Charge’ di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar
1. Taman-taman perindustrian di Sabah seperti KKIP, POIC dan SOGIP mempunyai polisi yang berkuatkuasa iaitu memajakkan atau menyewakan kawasan tanah perindustrian kepada mana-mana pelabur yang berminat samada pelabur dari dalam negara atau luar negara.
2. Di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) misalnya, polisi sedia ada ialah memajakkan kawasan perindustrian untuk tempoh 30 tahun kepada pelabur/pengilang dan jumlah kadar pajakan/sewaan harus dibayar dalam tempoh 2 tahun.
3. Selama ini, polisi tersebut terpakai untuk semua syarikat, termasuk syarikat tempatan Sabah.
4. Polisi tersebut memberi cabaran besar kepada syarikat tempatan Sabah terutama aliran modal serta cabaran mendapatkan pembiayaan bank yang memerlukan cagaran.
5. Ini antara isu yang berkaitan dengan agenda “Sabah First” yang saya mahu tambahbaik selepas diberi mandat oleh Ketua Menteri memimpin Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) sekaligus dilantik Pengerusi KKIP atas kapasiti sebagai Menteri MINDET.
6. Pada mesyuarat Kabinet Sabah hari Rabu minggu lepas, saya telah membentangkan kertas cadangan MINDET supaya pakej khas pajakan kepada syarikat-syarikat tempatan Sabah di taman-taman perindustrian diperkenalkan dan dimudahcara bermula di KKIP.
7. Saya telah mencadangkan supaya syarikat-syarikat tempatan Sabah yang mahu mengembangkan operasi perusahaan di KKIP tidak perlu membayar jumlah sewaan 30 tahun dalam tempoh 2 tahun, sebaliknya boleh membayar setiap tahun.
8. Seterusnya MINDET akan memeterai kerjasama dengan Credit Guarantee Corporation (CGC) bagi membantu memudahcara keperluan syarikat-syarikat tempatan Sabah ini yang memerlukan modal untuk membina kilang atau membeli mesin-mesin kilang.
9. Kabinet Sabah bersetuju dengan cadangan ini sesuai dengan agenda Sabah First.
10. Saya mengalu-alukan syarikat-syarikat tempatan Sabah yang mahu mengembangkan operasi perusahaan mereka di KKIP untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada KKIP susulan keputusan Kabinet ini.
11. Polisi yang sedia ada masih terpakai untuk syarikat-syarikat multinational, syarikat tersenarai dan syarikat luar negara.
12. Seterusnya pada Jumaat minggu lepas, juga telah mempengerusikan mesyuarat Task Force Memantau Pelaksanaan 10 Pelan Tindakan Menangani Kesesakan Pelabuhan Kontena Sepanggar sementara menunggu projek pembesaran pelabuhan siap sepenuhnya yang pada ketika ini sudah mencapai 65% tahap kemajuan pelaksanaan.
13. Susulan libat urus awal dengan Sabah Freight Forwarders and Logistics Association (SAFFLA), Sabah Shipping Agents Association (SSAA) dan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS), saya bersetuju supaya ‘Container Storage Rate’ dikaji semula dengan maksud dikurangkan daripada kadar yang sedang berkuatkuasa.
14. Cadangan kadar baharu telah dibentang dan dibincangkan dalam mesyuarat Task Force tersebut.
15. Saya telah bersetuju dengan kadar percuma bagi tempoh 4 hari pertama, berbanding tempoh 3 hari yang sedang berkuatkuasa.
16. Bagi tempoh hari ke-5 hingga hari ke-7, kadar bagi kontena 20 kaki panjang ialah RM8 (kontena kosong) RM16 (kontena berisi) dan bagi kontena 40 kaki panjang ialah RM15 (kontena kosong) dan RM30 (kontena berisi).
17. Kadar ini akan berkuatkuasa pada 7 September 2026 dan lebih rendah daripada kadar yang sedang berkuatkuasa.
18. Kadar ini bagi membantu pemain-pemain logistik di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar selain menjadi deterrent charge mengelakkan kontena lebih masa di pelabuhan seperti yang pernah berlaku sebelum ini sehingga ada yang mencecah 407 hari.
19. Saya juga meminta LPPS untuk melupuskan kontena yang melebihi 21 hari sesuai dengan punca kuasa dalam Enakmen LPPS.
20….
Sambungan teks ini dalam komen
20. KKIP turut menyediakan kawasan parkir bagi treler kontena yang mahu menunggu giliran mengambil kontena dalam pelabuhan atau yang mengeluarkan kontena pada waktu malam tetapi destinasi penghantaran telahpun ditutup.
21. Saya hargai sokongan padu Ketua Menteri dan rakan-rakan Kabinet Sabah dalam melaksanakan kedua-dua inisiatif.
22. Saya akan terus berkepimpinan melalui MINDET untuk memastikan Wawasan dan Agenda Sabah First sepertimana dalam Halatuju Sabah Maju Jaya dapat dijayakan.
23. Sabah First!
#SabahFirst
#teruscemerlang
Selamat Datang Kepada Semua Perwakilan dan Pemerhati, Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO yang akan diadakan pada 9 dan 10 Ogos ini, di Dewan Hongkod Koisaan KDCA Penampang
#SabahFirst
#TerusCemerlang
21 Julai 2026 | Kota Kinabalu
Menghadiri hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri Sabah untuk sesi ini.
Pembantu Menteri MINDET, YB Datuk Dr Jonnybone Kurum menjawab dua pertanyaan lisan yang dikemukakan oleh ADUN Pantai Manis, YB Datuk Haji Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir berkenaan cadangan pembangunan taman perindustrian di Kimanis dan soalan lisan ADUN Sebatik, YB Tuan Manahing Tinggilani berkenaan aktiviti pemunggahan barangan di jeti awam Tawau.
Saya juga menjawab soalan tambahan ADUN Senallang, YB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal berkenaan pembangunan industri hiliran gas dan minyak di Sabah.
#SabahFirst
#TerusCemerlang
19 Julai 2026 | Penampang
Menghoskan pertemuan dengan Sabah Freight Forwarders & Logistics Association (SABFFLA) yang diketuai oleh Presiden, Datuk Johnson Dai.
Ahli-ahli SABFFLA merupakan pemain industri yang penting dan pembolehubah besar kepada ekosistem perindustrian dan keusahawanan di Sabah.
Saya hargai komitmen dan jiwa besar pimpinan serta ahli-ahli SABFFLA dalam usaha meningkatkan ekosistem aktiviti di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar.
Saya juga memasukkan SABFFLA dan persatuan-persatuan pengguna pelabuhan dalam Task Force Pemantauan Pelaksanaan 10 Langkah Menangani Kesesakan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar yang ditubuhkan sejak Mac tahun ini.
Saya akan meneliti dan mengambil tindakan bersesuaian yang sewajarnya ke atas maklum balas, pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh SABFFLA.
Saya juga bersetuju menghadiri sambutan ulangtahun SABFFLA ke-33 pada 25 Julai ini sebagai komitmen dan sokongan penuh saya kepada pemain-pemain industri tempatan Sabah dalam sektor logistik.
Saya juga bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada SAFFLLA untuk keperluan pembangunan yang diperlukan oleh persatuan ini.
#SabahFirst
#TerusCemerlang
10 Julai 2026 | Telupid
Mengadakan pertemuan santai dengan Ketua Bahagian UPKO Bahagian Beluran, Felix Joseph Saang bersama pimpinan Bahagian beliau.
Hari ini perjalanan jarak jauh untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Presiden UPKO.
#SabahFirst
#TerusCemerlang
10 Julai 2026 | Telupid
Menerima kunjungan dan perbincangan dengan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Telupid, saudara Tommy Amir mengenai inisiatif pendidikan di daerah ini.
Semoga warga pendidikan Telupid terus diberkati dengan kesejahteraan dalam mendidik dan membina modal insan negara di sini.
#SabahFirst
#TerusCemerlang
9 Julai 2026 | Kota Kinabalu
Seterusnya mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung UPKO, YB Senator Datuk Nelson Angang dan pimpinan parti yang terlibat dengan persiapan Kongres UPKO 2026.
Selain persidangan tritahunan yang berlangsung pada 9-10 Ogos, turut diadakan ialah Charity Golf dan juga sambutan ulangtahun UPKO ke-32.
Saya hargai dedikasi dan komitmen rakan-rakan pimpinan serta ahli-ahli jawatankuasa pelaksana Kongres UPKO 2026.
#SabahFirst
#TerusCemerlang
7 Julai 2026 | Kuala Lumpur
Menghadiri sidang Parlimen. Turut mengambil ruang berbincang dengan Ahli Parlimen Tuaran, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang juga Presiden Kehormat UPKO.
#SabahFirst
#TerusCemerlang
7 Julai 2026 | Putrajaya
Berkunjung ke Rakyat Xclusive Centre di Putrajaya, berurusan selepas menghadiri sidang Parlimen. Saya ucap terima kasih di atas layanan mesra dan semoga Bank Rakyat terus cemerlang.
#SabahFirst
#TerusCemerlang
6 Julai 2026 | Kuala Lumpur
Perbincangan santai dengan saudara Azlan Yaakub, General Manager (Retail) FIVE Petroleum Malaysia.
Saya mengalu-alukan rancangan syarikat ini untuk membuka lebih banyak stesen di Sabah, termasuk di kawasan pedalaman.
#SabahFirst
#TerusCemerlang
Selamat Menyambut
Hari Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)
Antarabangsa
#SabahFirst
#TerusCemerlang
Selamat Menyambut Hari Bapa.
Mari menunaikan tanggungjawab ini sebaiknya.
#SabahFirst
#teruscemerlang
MARI BERPADU DALAM GABUNGAN PARTI TEMPATAN SABAH MELALUI GRS
1. Semalam saya dimaklumkan penerimaan rasmi UPKO sebagai parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) - gabungan parti-parti politik tempatan Sabah.
2. Saya ucap terima kasih kepada Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan semua anggota Majlis Tertinggi GRS yang menerima keanggotaan UPKO susulan permohonan kami pada 29 Mei 2026 yang lepas.
3. Sebagai Presiden UPKO, saya bersukacita dapat membawa UPKO ke tempat yang sepatutnya, iaitu dalam gabungan parti-parti tempatan Sabah.
4. Ini mengembalikan semangat asal penubuhan negara Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), di mana parti-parti politik Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu mempunyai gabungan wilayah masing-masing dan menandatangani perjanjian menubuhkan negara ini.
5. Hanya parti-parti tempatan Sabah yang benar-benar memahami citra Sabah dalam membangun masa depannya melalui apa yang telah dipersetujui dalam MA63.
6. GRS adalah satu-satunya gabungan parti tempatan Sabah, maka sepatutnya inilah rumah sebenar parti politik dari Sabah.
7. UPKO akan menyumbang kepada pengukuhan dan pemerkasaan GRS bagi memimpin, mentadbir dan membangunkan Sabah di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
8. Mari semua rakyat Sabah, berpadu kita dalam gabungan parti tempatan kita sendiri - GRS untuk membina wawasan Sabah First, Sabah, Sabah Prosper, Sabah Prosper, Sabah United.
9. Sekali lagi terima kasih kepada YAB Ketua Menteri dan semua pimpinan GRS.
EWON BENEDICK
Presiden UPKO
























