
โFrom the river to the sea, Palestine will be freeโ #StandWithFaisalHalim #StopTheViolence
Joined May 2014
- Tweets39.7K
- Following146
- Followers396
- Likes4.3K
jon retweeted
4 Sept 2022(Sebelum jadi PM) : Anwar desak PDRM hentikan sebarang bentuk tekanan dan gangguan kepada Rafizi Ramli
2 Nov 2026(Selepas jadi PM) : Rafizi disiasat PDRM susulan Rafizi bangkitkan isu Ramanan menerima 9.5 juta.
Takpe. Rakyat Perhati & Nilai.
#TSR
Nak tahu apa yang bodoh dengan rancangan ni?
Orang yang tak tahu pasal ceramah ni, akan start pegi dengar.
Oh btw, siapa rajin, sila download dan simpan siap2 ceramah tu. Just in case ๐
Notakaki: AMK anjing
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
2 November 2026
๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐ ๐๐ง๐๐ฆ ๐จ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ฌ๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐ก๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฅ๐ฃ๐ข๐ฅ๐๐ง, ๐ฅ๐๐ ๐๐ก๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐๐ช๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฃ ๐๐๐ง๐ขโ ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐จ๐๐๐๐๐ฌ
Saya telah mendapat notis dari Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman untuk menghadirkan diri untuk disiasat di bawah Seksyen 500 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan pada hari esok (Selasa), 3 November jam 10 pagi.
Seksyen 500 adalah bersabit tuduhan fitnah jenayah (criminal defamation), sementara Seksyen 505 bersabit tuduhan ucapan yang menimbulkan huru hara dan menggugat ketenteraman awam.
PDRM membuka siasatan ekoran satu laporan polis yang dibuat bertarikh 22 Oktober 2026 bernombor PANTAI/014638/26.
Notis PDRM kepada saya menyebut laporan itu berkait โucapan Datuk Seri mengenai beberapa dakwaan, termasuk perkara berkaitan pembayaran wang berjumlah RM9.5 juta kepada seorang individu bernama Ramanan Ramakrishnan serta isu yang dikaitkan dengan mafia korporatโ.
Laporan itu dibuat berikutan ceramah saya di Selayang bertarikh 20 Oktober 2026.
Dalam ceramah itu, selain dari mengulas mengenai mafia korporat, dakwaan Naib Presiden PKR R Ramanan menerima rasuah RM9.5 juta untuk menyelesaikan kes mafia korporat, saya juga menyentuh mengenai peristiwa Datoโ Seri Shuhaily Mohd Zain dihadapkan ke mahkamah.
Saya menghormati bahawa pegawai-pegawai yang menyiasat menjalankan tugas mereka seperti yang diarahkan. Oleh itu, saya akan kembali ke Kuala Lumpur dan membatalkan acara kempen saya di Melaka di siang hari Selasa untuk hadir memberi keterangan.
Apa yang saya lalui sekarang ini tidak ubah seperti siasatan-siasatan dan dakwaan mahkamah terhadap saya semasa saya mendedahkan skandal 1MDB, Tabung Haji, Felda dan NFC dulu-dulu.
Saya juga pernah disiasat di bawah Seksyen 500 dan Seksyen 505 dalam kes 1MDB dan Tabung Haji. Malah, saya pernah disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dituduh menghina Umno suatu ketika dahulu.
Mahkamah membebaskan saya dalam semua kes tersebut. Skandal-skandal 1MDB, Tabung Haji dan Felda dibuktikan benar dan telah menjadi modal politik yang membantu PKR dan Pakatan Harapan sejak sedekad yang lalu.
Kini, kerajaan yang diterajui PKR dan PH menggunakan seksyen yang sama di bawah Kanun Keseksaan untuk menakutkan saya setiap kali saya bersuara mengenai mafia korporat dan tuduhan terhadap R Ramanan.
R Ramanan sepatutnya mengambil tindakan sama terhadap saya jika beliau benar-benar mahu membersihkan namanya dari tuduhan beliau telah mengambil rasuah bernilai RM9.5 juta untuk menyelesaikan kes mafia korporat.
Itu pun, saya telah memulakan tindakan saman terhadap beliau kerana keengganannya pergi ke mahkamah mengenai dakwaan saya itu.
Saya percaya masa akan menunjukkan bahawa kami dari BERSAMA telah melaksanakan tanggung jawab membantu masyarakat membanteras mafia korporat tatkala parti-parti lain membisu, walaupun terpaksa berdepan dengan tekanan undang-undang seperti ini.
Bagi pihak BERSAMA
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
jon retweeted
Mafia korporat KIV dulu
yang kita kena siasat segera @rafiziramli
๐คฃ๐คฃ Kartun sungguh
jon retweeted
Replying to @rafiziramli
Kpd yang pernah pangkah pakatan rakyat mahupun pakatan harapan, ingat la mcm mana zalimnya bnumno dulu dulu
Parti kancil bukan setakat offer movement politik yg baru, tapi a total reform yang pernah dijanjikan pmx. Belajar la sejarah supaya yg lama boleh kita jadikan pengajaran
jon retweeted
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
2 November 2026
๐ ๐๐ก๐๐๐๐ฆ๐ง๐ข ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐ ๐๐๐๐๐:
๐๐จ๐๐จ ๐๐๐ก๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐
BERSAMA menjadi parti yang pertama melancarkan manifesto untuk Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka, yang bertema โDulu Kancil Pilih Melaka, Kini Melaka Pilih Kancil.โ
Manifesto 23 muka surat ini boleh dibaca secara digital di bersama.org bermula jam 1 petang, 2 November 2026 dan akan mula diedarkan kepada pengundi-pengundi di Melaka.
Ia mengandungi 6 bab:
1. Bab 1 โ BERSAMA dan 16 calon di Melaka, yang menawarkan budaya politik yang membumi dan berorientasi khidmat komuniti
2. Bab 2 โ Prestasi Kerajaan Melaka 2021 โ 2025 untuk menilai kemampanan kewangan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan isu-isu berbangkit yang menunjukkan kelemahan perancangan dan pelaksanaan
3. Bab 3 โ Visi BERSAMA untuk memacu pertumbuhan seimbang di Melaka ke arah mewujudkan ekonomi yang pelbagai dan meningkatkan kuasa beli rakyat
4. Bab 4 โ Pelan Infrastruktur Melaka 2050 untuk menangani ancaman-ancaman besar kepada kelangsungan hidup rakyat akibat dari kenaikan aras laut yang dijangka mengesani lebih 460,000 penduduk Melaka
5. Bab 5 โ Pengukuhan urus tadbir dan sistem demokrasi di Melaka untuk mewujudkan ekosistem pentadbiran yang telus, berdisiplin dan bebas dari politik partisan yang menghukum rakyat
6. Bab 6 โ Pengukuhan program sosio ekonomi rakyat dengan sasaran sekurang-kurangnya 30% dari perbelanjaan Kerajaan Negeri mestilah dalam bentuk program sosio ekonomi menyeluruh yang sampai terus kepada rakyat
Setakat hari ketiga berkempen, suasana kempen di kalangan gabungan-gabungan utama seperti BN, PH dan PN masih berlegar kepada permusuhan partisan dan peribadi.
Isu-isu yang dibawa kepada rakyat adalah berbentuk sentimen dan โperformativeโ, sedangkan ada perkara-perkara besar yang perlu diperbaiki untuk memastikan kemampanan dan kelangsungan hidup rakyat Melaka.
Berikut adalah ringkasan kepada isu dan tawaran utama yang dibawa BERSAMA di dalam manifesto ini:
๐๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐ง๐๐๐๐๐ฅ ๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ
Perbelanjaan Kerajaan Negeri meningkat lebih laju dari peningkatan kutipan hasil.
Di antara tahun 2021 ke 2024, secara purata, perbelanjaan meningkat pada kadar 6.72% setiap tahun, berbanding dengan hasil yang hanya meningkat pada kadar tahunan 2.28%.
Ini bermakna, di bawah pentadbiran Datoโ Seri Rauf dan Barisan Nasional, peningkatan perbelanjaan tahunan adalah secara purata tiga kali ganda lebih tinggi dari peningkatan kutipan hasil.
Ini menyebabkan ruang fiskal semakin mengecil, dengan lebihan tahunan mengecil secara berterusan dari RM31 juta (2021), RM6 juta (2022). Bermula 2023, kedudukan kewangan Kerajaan Melaka menjadi defisit RM59 juta (2023) dan terus kekal defisit sebanyak RM29 juta (2024).
Jika ini berterusan, hasil kutipan di masa akan datang tidak mampu menampung perbelanjaan yang meningkat dengan lebih cepat.
๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ง๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐
Kerajaan Negeri bergantung kepada hasil dari sumber tanah seperti premium tanah dan cukai tanah. Transaksi premium tanah bukan berlaku secara harian dan mengikut pembangunan projek-projek hartanah besar.
Oleh sebab itu, ada kecenderungan untuk meluluskan projek-projek tambakan laut untuk dimajukan oleh pemaju-pemaju, dengan harapan ini akan menambah hasil kutipan Kerajaan Negeri.
Perkara ini membawa kesan buruk kepada alam sekitar, kehidupan rakyat dan mewujudkan โgentificationโ bila mana projek-projek besar dibina untuk dibeli oleh orang dari luar Melaka atau rakyat negara lain.
Ini menguatkan reputasi Melaka menjadi negeri yang banyak projek gajah putih, apabila pembangunan hartanah yang gah diumumkan akhirnya terbengkalai dan membawa keburukan kepada rakyat dan alam sekitar.
๐๐ก๐๐๐ ๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐๐๐ก ๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐จ๐ง
Melaka berdepan ancaman kenaikan aras laut yang boleh menjejaskan penempatan dan kegiatan ekonomi di kawasan persisirannya.
Menurut Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negaraโ2 oleh PLANMalaysia, zon persisiran pantai Melaka mempunyai kira-kira ๐ฐ๐ฒ๐ฎ,๐ฎ๐ฑ๐ต ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฑ๐๐ฑ๐๐ธ ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฌ, dengan Kuala Linggi, Klebang dan Bandar Melaka dikenal pasti antara kawasan yang terancam oleh kenaikan aras laut.
Sementara itu, Laporan Komunikasi Kebangsaan Keempat Malaysia kepada UNFCCC (2024), Jadual 4.5, mengunjurkan keluasan kawasan inundasi pantai di Melaka meningkat daripada sekitar ๐ฎ๐ฑ ๐ธ๐ถ๐น๐ผ๐บ๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ด๐ถ ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฎ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฏ๐ฎ ๐ธ๐ถ๐น๐ผ๐บ๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ด๐ถ ๐บ๐ฒ๐ป๐ท๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ด ๐ฎ๐ฌ๐ฑ๐ฌ.
Ancaman ini berpotensi mengganggu kediaman, perniagaan, infrastruktur dan mata pencarian masyarakat pesisir.
Malangnya, sehingga sekarang tidak ada perancangan bersepadu jangka masa panjang untuk menyediakan infrastruktur yang boleh menangani ancaman bencana ini.
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ ๐๐๐ก๐ฌ๐ ๐ญ๐ฐ% ๐๐๐ฅ๐ ๐๐จ๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐ก
Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan 14% dari jumlah perbelanjaan tahunan dalam bentuk program sosio ekonomi yang sampai terus kepada rakyat.
Perbelanjaan yang lebih besar adalah dalam bentuk pentadbiran, kempen, kos organisasi yang tidak sampai terus kepada rakyat.
Tawaran-tawaran utama dihuraikan di dalam Manifesto BERSAMA, termasuk beberapa tawaran besar yang belum dibincangkan oleh mana-mana parti sebelum ini:
i. Sasaran mencapai kemampanan kewangan dengan mengenakan nisbah pertambahan hasil kepada peningkatan perbelanjaan, dengan nisbah 5% kepada 3%
ii. Pertumbuhan ekonomi yang tidak bergantung kepada sektor hartanah sebagai punca hasil dan dipelbagaikan kepada 4 Bidang Ekonomi Bistari
iii. Pelan Infrastruktur Melaka 2050 membolehkan perancangan bandar, guna tanah dan pembangunan projek infrastruktur dilakukan secara bijaksana bermula dari sekarang, untuk menangani ancaman banjir dan zon pesisir pantai yang berisiko tenggelam menjelang 2050.
iv. Melaksanakan sistem perwakilan berkadar (proportional representation) bagi melantik 7 ADUN tambahan. 7 ADUN tambahan akan dilantik secara automatik berdasar jumlah peratusan undi yang dimenangi di dalam pilihan raya negeri oleh parti-parti yang bertanding.
v. Menetapkan minimum 30% dari perbelanjaan Kerajaan Negeri (RM86 juta berbanding RM40 juta) disalurkan sebagai Program Sosio Ekonomi Rakyat yang sampai terus kepada rakyat.
vi. Memperkenalkan Dasar Peluang Setempat (Local Opportunity Policy) dengan memperkukuh mekanisme Penilaian Impak Sosial dalam proses Kebenaran Merancang bagi projek pembangunan berskala besar. Pemaju dikehendaki mengemukakan Pelan Pekerjaan dan Kemahiran yang memperincikan peluang pekerjaan, latihan berbayar, perantisan dan langkah membantu penduduk setempat yang mata pencariannya terjejas oleh pembangunan.
vii. Memperkenalkan Program Kerjasama Peningkatan Sekolah Melaka melalui pembentukan 70 kelompok sekolah di Melaka, melibatkan sekolah rendah dan menengah. Setiap kelompok terdiri daripada empat hingga lima sekolah, dengan sebuah sekolah yang mempunyai kekuatan pengajaran dan kepimpinan sebagai penyelaras. Setiap kelompok akan menerima geran RM350,000 setahun untuk meningkatkan prestasi sekolah mengikut sasaran bersama, dan setiap sekolah yang berjaya di dalam kelompok itu akan menerima geran keberhasilan sebanyak RM80,000. Program ini melibatkan peruntukan RM30 juta setahun.
Saya berharap langkah BERSAMA melancarkan manifesto akan mengalih tumpuan rakyat kepada isu-isu substantif dalam PRN Melaka.
Bagi pihak BERSAMA
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
*Baca dan muat turun Manifesto BERSAMA Untuk PRN Melaka di sini:
bersama.org/ms/manifesto/manโฆ
jon retweeted
Parti BERSAMA @partibersamamy parti yang pertama membentangkan manifesto untuk rakyat Melaka. Tema Manifesto: Dulu Kancil Pilih Melaka, Kini Melaka Pilih Kancil. Kita sdg tunggu manifesto parti politik lain. Inilah budaya politik baru yang BERSAMA bawa kpd rakyat Malaysia Dan Melaka. Boleh muat turun manifesto di sini bersama.org/ms/manifesto/manโฆ
jon retweeted
Aku belum apa-apa dah nangis dengar ucapan adik Teoh Beng Hock kat ceramah trak kancil ni ๐
jon retweeted
๐ ๐๐ก๐๐๐๐ฆ๐ง๐ข ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
BERSAMA bertanding di 16 DUN dengan calon yang lahir, membesar dan bekerja di sini.
Kami kecil, kami baru, dan kami tahu apa yang kami lawan. Tapi rakyat Melaka berhak mendapat pilihan yang jelas, dengan rancangan yang boleh disemak satu per satu.
Esok, kami akan bentangkan Manifesto BERSAMA untuk PRN Melaka 2026. Apa yang kami tawarkan kepada rakyat Melaka, kelemahan-kelemahan yang perlu ditangani, lonjakan-lonjakan yang boleh dicapai bersama dan bagaimana tawaran-tawaran ini akan dilaksanakan.
Mulai esok, rakyat Melaka boleh nilai sendiri tawaran BERSAMA kepada Melaka.
๐
Isnin, 2 November 2026
๐ 1.00 petang
๐ Ruang BERSAMA Melaka, No 92-2, Jalan Mutiara, Taman Mutiara Batu Berendam, 75350 Melaka
Saya ingin menjemput semua yang berkelapangan untuk hadir dan tonton secara live di platform media sosial BERSAMA dan Rafizi Ramli.
Dulu Kancil pilih Melaka. Kini Melaka pilih Kancil.
Manifesto BERSAMA untuk PRN Melaka 2026 ini boleh diakses di laman web BERSAMA selepas selesai pembentangan.
#BERSAMA #PRNMelaka #ManifestoBERSAMA #MelakaPilihKancil
jon retweeted
BERSAMA tidak akan bergabung dengan mana-mana parti. Mudah. Jom pangkah Kancil dalam PRN Melaka kali ini!
jon retweeted
16 calon BERSAMA, semuanya berjaya dalam penamaan calon! Melaka, kita sudah bersedia!
Pilihan Raya Negeri Melaka kini bermula secara rasmi! Kesemua 16 calon Parti BERSAMA telah berjaya menyempurnakan proses penamaan calon.
jon retweeted
๐ฆ๐๐๐ฃ๐ ๐ญ๐ฒ ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ ๐๐๐๐๐?
Pencalonan selesai. Kini, kenali wajah, latar belakang dan pengalaman setiap calon BERSAMA.
Lima bulan usia BERSAMA, besar tekad yang dibawa.
Kenali mereka seorang demi seorang dalam bebenang ini. ๐งต๐
N.01 KUALA LINGGI
jon retweeted
1MDB mengambil masa lapan tahun. Isu mafia korporat baru sekitar enam bulan. Perjalanan ini masih panjang.
Saya membawa sesuatu isu kerana kepentingan awam, selepas meneliti maklumat dan asas untuk ia disiasat. Bukan semata-mata untuk strategi politik.
Isu yang rumit memerlukan masa untuk difahami. Sebab itu kita perlu terus menerangkan bagaimana dakwaan mafia korporat ini boleh memberi kesan kepada rakyat dan negara.
Keselamatan perlu dijaga, tetapi kebimbangan tidak boleh sampai melumpuhkan usaha mencari kebenaran.
Dengan rakyat, kita tak boleh berputus asa.
jon retweeted
Isu Ahli Parlimen ponteng ni.
Tempat kerja Ahli Parlimen = Parlimen.
Purata 73 hari kena datang setahun. Ada yang sampai 80 hari.
Untuk gubal dasar, bahas isu negara, luluskan usul, rangka polisi untuk negara.
Ahli Parlimen bukan kerjanya duduk di kawasan dia selesaikan masalah mereka. Itu sebenarnya tugas ADUN.
Sengaja ponteng hadir Parlimen = Dia tak jalankan tugas.
Ahli Parlimen bukan tugasnya bagi ceramah agama kat kawasan mereka.
Begitulah.
jon retweeted
Jawatankuasa khas siasatan baru pula ditubuhkan.
Apa jadi dengan hasil siasatan yang terdahulu?
Dalam video ini, saya jelaskan mengapa skop siasatan perlu jelas supaya persoalan utama skandal mafia korporat tidak tenggelam dalam siasatan jenayah kewangan yang terlalu luas.
Antara perkara yang mesti dijawab ialah dakwaan campur tangan individu berpengaruh, penyalahgunaan agensi penguat kuasa, dakwaan suapan RM9.5 juta, kaitan dengan kontrak kerajaan dan aliran wang kepada pihak yang mendapat keuntungan.
Rakyat berhak mengetahui hasil siasatan. Jika ada bukti kesalahan, tindakan pendakwaan mesti menyusul.
Tonton penjelasan saya dalam video ini.
jon retweeted
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
29 Oktober 2026
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก๐๐จ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ฆ ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐ฆ๐จ ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก
Saya mengambil maklum kenyataan Jabatan Peguam Negara bertarikh 28 Oktober 2026 yang menyatakan:
1. Mesyuarat pertama satu jawatankuasa yang bernama Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan telah berlangsung ๐ฏ๐๐ฎ๐ ๐ธ๐ฎ๐น๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ dan dipengerusikan oleh Peguam Negara
2. Mesyuarat itu bertujuan menetapkan keanggotaan jawatankuasa, skop serta parameter siasatan
3. Jawatankuasa khas ini akan menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap susur galur jenayah kewangan dari peringkat awal hingga kini
Kenyataan itu perlu difahami bersama-sama dengan beberapa kenyataan dari kerajaan kebelakangan ini:
i. Semasa menjawab soalan mengenai siasatan ke atas mafia korporat di Parlimen minggu lepas, Perdana Menteri mengelak dari menjawab kes mafia korporat secara khusus. Sebaliknya, beliau berkali-kali membuat rujukan kepada jenayah kewangan, dengan memberi contoh-contoh dari tahun 80an hingga sekarang
ii. Menteri Komunikasi dilaporkan berkata kerangka terma rujukan bagi pasukan khas yang akan menyiasat dakwaan berkaitan isu mafia korporat akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu ini
Sejak kes mafia korporat dilaporkan awal tahun ini, kerajaan telah memberi gambaran bahawa siasatan penuh telah dan sedang berjalan.
Kenyataan-kenyataan dan jawapan kerajaan di Parlimen mengesahkan mengenai siasatan kepada pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki yang telah dibentangkan di Jemaah Menteri, dan operasi siasatan yang dinamakan Ops Viking yang memfokuskan kepada mafia korporat.
Oleh itu, orang ramai sedia maklum bahawa pelbagai siasatan dan laporan telah pun dibuat. Kontroversi timbul apabila kerajaan enggan mendedahkan hasil siasatan-siasatan ini, walaupun telah mengumumkan kesediaan mendedahkannya sebelum itu.
Apabila Peguam Negara mempengerusikan satu lagi mesyuarat berikutan penubuhan satu lagi jawatankuasa khas, beberapa persoalan perlu diteliti:
1. Apa yang terjadi kepada siasatan dan laporan terdahulu, terutamanya laporan kepada Jemaah Menteri berhubung pemilikan saham Tan Sri Azam Baki?
2. Adakah skop jawatankuasa ini diperluaskan kepada keseluruhan jenayah kewangan dan bukan mengenai skandal mafia korporat semata-mata?
3. Berapa banyak pembaziran wang rakyat sekiranya siasatan dimulakan semula, sedangkan pelbagai laporan dan siasatan telah pun dibuat sebelum ini?
4. Sekiranya skop diluaskan kepada keseluruhan jenayah kewangan (seperti gambaran dari jawapan Perdana Menteri di Parlimen minggu lepas), adakah ini satu cubaan untuk menutup isu sebenar mengenai mafia korporat dan mengalihkannya kepada siasatan jenayah kewangan?
Saya memantau kandungan-kandungan media sosial yang datang dari pasukan cyber trooper kerajaan, yang secara jelas ingin mengelirukan rakyat apabila menyamakan mafia korporat dengan jenayah kewangan.
Ia mengikut rentak jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri minggu lalu. Kini, jawatankuasa khas yang akan menyiasat juga merujuk kepada jenayah kewangan, bukannya skandal korporat.
Saya ingin memberi nasihat kepada Perdana Menteri dan penasihat di sekeliling beliau bahawa jika itu yang berlaku, ia akan merancakkan lagi kemarahan rakyat mengenai mafia korporat.
Skandal mafia korporat berkisar kepada beberapa soalan pokok:
i. Menyiasat dakwaan pembabitan, pengaruh dan campur tangan dalam urusan kerajaan dan badan penguat kuasa yang melibatkan Farhash Wafa Salvador, seorang yang diketahui rapat dengan Perdana Menteri
ii. Menyiasat dakwaan bahawa agensi penguat kuasa seperti SPRM dan PDRM digunakan untuk mengugut pemilik dan pemegang saham syarikat-syarikat bagi tujuan memberi keuntungan kepada pihak tertentu
iii. Menyiasat dakwaan Victor Chin bahawa seorang ahli parlimen PKR (yang kemudiannya dinamakan R Ramanan) telah menerima suapan RM9.5 juta untuk menyelesaikan kes mafia korporat
iv. Menyiasat kontrak-kontrak perolehan kerajaan yang telah dipengaruhi dan terheret dengan individu-individu yang dikaitkan dengan mafia korporat
v. Menyiasat aliran tunai melibatkan transaksi-transaksi bersabit mafia korporat untuk mengesahkan pihak yang mendapat keuntungan
Siasatan yang berjaya merungkai 5 persoalan ini sewajarnya berakhir dengan pendakwaan dan bukti-bukti untuk dibawa ke mahkamah, memandangkan butiran dan dokumen mengenai skandal korporat telah dilaporkan secara meluas.
Sebaliknya, jika 5 persoalan ini tidak dijawab dan kerajaan dilihat menggunakan helah untuk menutupnya, segala usaha kerajaan untuk meredakan tumpuan rakyat kepada skandal mafia korporat ini akan gagal.
Bagi pihak BERSAMA
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
Replying to @sruliam @saifulramli
Btw kepada yang berhasrat untuk meringankan beban Tokmat, berikut adalah nombor akaun bank beliau:
158314168500
Maybank
Atas nama Selamat Bunasir
jon retweeted
โPenempatan Shuhaily di AKPS ditamatkanโ ~ Menteri KDN | 29 OKT 2026
Maka benar lah apa yang Rafizi Ramli katakan berhubung isu Dato' Shuhaily di Jelajah Trak Kancil baruยฒ ni.
Moga Malaysia terus dilindungi dari kuasaยฒ jahat ๐คฒ
#TSR
โ Kalau Dia Digantung. Isyarat Itu Jelas, Korang Jangan Cubaยฒ Jadi Macam Dato' Seri Shuhaily Kat Malaysia Ni. Korang Akan Kalah Juga โ ~ Rafizi Ramli
๐ฎโ๐จ๐ฏ
#TSR

































