ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ (@_lxwo) header
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ (@_lxwo) profile picture

. @ehhsyxx. Dm for any business inquiries 👾🇲🇾

Kuala Lumpur, Malaysia
Joined March 2011
Photo by ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ (@_lxwo)Photo by ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ (@_lxwo)Photo by ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ (@_lxwo)Photo by ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ (@_lxwo)Photo by ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ (@_lxwo)Photo by ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ (@_lxwo)Photo by ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ (@_lxwo)Photo by ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ (@_lxwo)Photo by ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ (@_lxwo)Photo by ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ (@_lxwo)
Garangnya bapak dia ajar mengaji. Part nak ending tu best. ههههههههههه
48
21,193
856
9,625
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
Sekitar Pengumuman Keputusan PRN Melaka.
22
45
827
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
FOI 2026 2 Hari lagi FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2026 : IDEA, INOVASI DAN INSPIRASI, SEMUANYA ADA DI SINI📣📣📣 Kurang daripada 48 jam lagi sebelum Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 menggegar Putrajaya! Ayuh bersama-sama menjadi sebahagian daripada festival yang menghimpunkan pemikiran bernas, idea kreatif, inovasi dan teknologi dalam membentuk masa hadapan negara dengan pelbagai pengisian menarik menanti anda, antaranya: 🤖 IdeaTech Showcase 💡 Wall of Tunnel dan Wall of Ideas 🎓 Mini Karnival Jom Masuk Universiti 🕵️‍♀️ Karnival Kerjaya .... dan banyak lagi! 📅 17 – 19 November 2026 (Selasa – Khamis) ⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang 📍 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 🌟 SEMUA DIJEMPUT HADIR! “Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani” #PutrajayaFOI2026
9
23
41
582
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
Esok, 14 November 2026, rakyat Melaka akan keluar menunaikan tanggungjawab untuk menentukan hala tuju negeri bagi tahun-tahun mendatang. Setelah hampir dua minggu berkempen, kini tibalah masanya untuk rakyat membuat keputusan. Alhamdulillah, sepanjang tempoh ini, Barisan Nasional telah turun ke segenap lapisan masyarakat, mendengar suara rakyat dan menyampaikan tawaran terbaik untuk masa depan Melaka. Demi kestabilan, kesinambungan pembangunan dan kesejahteraan rakyat Melaka, saya memohon agar memberikan kepercayaan kepada calon-calon Barisan Nasional untuk meneruskan agenda pembangunan, memelihara kestabilan dan memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan. Terima kasih kepada seluruh petugas pilihan raya, dan petugas keselamatan atas kerjasama anda semua dalam memastikan kelancaran PRN Melaka kali ini. Kepada semua jentera dan petugas Barisan Nasional, FOBN dan rakan-rakan, setinggi penghargaan atas segala usaha dan pengorbanan sepanjang tempoh berkempen. Semoga segala penat lelah ini membuahkan hasil yang baik. Selamat mengundi warga Melaka. Kita Birukan Melaka. #PRNMelaka #BarisanNasional #BNSayangRakyat #KitaGengBiru #BirukanMelaka
🤖 Made with AI
25
26
719
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
PRN Melaka kali ini menjadi penentu kepada hala tuju dan masa depan negeri ini untuk tahun-tahun mendatang. Esok, 10 November 2026, anggota keselamatan serta pasangan masing-masing akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal. Setiap undi membawa suara dan harapan rakyat. Tunaikanlah tanggungjawab ini dengan penuh amanah dan kebijaksanaan demi masa depan Melaka yang kita cintai. Semoga proses pengundian berjalan lancar dan dipermudah segala urusan. Buatlah pilihan dengan penuh pertimbangan demi kemakmuran, kestabilan serta kesejahteraan negeri Melaka. Kita Birukan Melaka. Selamat mengundi awal. #BirukanMelaka #PRNMelaka #BNForMelaka
24
43
760
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
🪔 Selamat Menyambut Hari Deepavali! 🪔 Kepada seluruh masyarakat beragama Hindu yang meraikannya, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali. Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan buat anda sekeluarga. Dalam kemeriahan sambutan ini, yang paling bermakna tentunya kasih sayang sesama keluarga, kemesraan antara jiran tetangga dan semangat persaudaraan yang terus menyatukan. Raikanlah bersama keluarga dan insan tersayang. Jangan dilupakan kepada mereka yang memerlukan, semoga kegembiraan perayaan ini dapat diraikan bersama. Selamat Menyambut Hari Deepavali juga khusus buat warga Kementerian Pendidikan Tinggi yang meraikannnya di seluruh negara. “Deepavali Nal Valthukal” ……………………….. My warmest wishes to all Hindus celebrating Deepavali. May this Festival of Lights bring peace, happiness and prosperity to you and your loved ones. As we celebrate, let us continue to strengthen the bonds of unity, kindness and togetherness that make our diverse society so special. “Deepavali Nal Valthukal”
🤖 Made with AI
21
38
581
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
DIRGAHAYU TUANKU! Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2026 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Patik dengan penuh takzim mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, dipanjangkan usia dalam keberkatan serta terus berada dalam limpahan rahmat dan inayah Allah SWT. Semoga di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Negeri Perak Darul Ridzuan terus aman, makmur dan sejahtera, serta seluruh rakyat sentiasa hidup dalam suasana harmoni dan penuh keberkatan. DAULAT TUANKU!
23
42
659
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
🌏 MALAYSIA DALAM KELOMPOK 14 DESTINASI PENDIDIKAN TINGGI UTAMA DUNIA! 🇲🇾 Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan pelajar antarabangsa apabila tersenarai dalam kelompok 14 destinasi pendidikan tinggi utama dunia, berdasarkan laporan ICEF Insights 2027. Kedudukan ini mencerminkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pengajian yang menawarkan yuran pengajian lebih berpatutan, kedudukan strategik yang dekat dengan pasaran sumber serta pelbagai tawaran biasiswa kepada pelajar antarabangsa. Dengan kehadiran seramai 159,100 pelajar antarabangsa, Malaysia terus memperkukuh reputasinya sebagai hab pendidikan tinggi global yang berdaya saing dan berkualiti. Malaysia, destinasi ilmu bertaraf dunia! 🌍🎓
22
35
544
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
Majlis Penyampaian Anugerah Global Educator Award (GEA) 2026. Rabu, 4 November 2026. Dewan Tuanku Canselor, UPSI. youtube.com/live/clUWjnmjFNU…
21
32
958
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
1. Suami jangan dayuslah kasi isteri keluar kerja lepas tu kau minta tanggung komitmen rumah. Kau tak malu ke? 2. Susunan komitment lelaki adalah; Diri sendiri Isteri/keluarga Ibu/ayah. 3. Kalau bodoh agama, pergilah belajar. Jangan skrol gambar betina je dalam phone. 4. Isteri kalau tak nak bayar duit rumah, duduklah rumah. Tak payah beriya sangat kalau suami kau tak cacat. Bersyukur je dulu apa ada. 5. Hal rumahtangga kau, settle sendiri lah. Bawak ke sosial media amende? Kau ingat netizen ni nak tolong? Sikit2 suruh minta cerai. Macam iblis.
2
48
2
244
17,265
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
9 TAHUN AKU BAYAR BIL RUMAH. RUPANYA GAJI LAKI AKU ADA TUAN LAIN. Aku 34 thn, keje kerani kt klinik swasta kt Seremban. Gaji RM3,100. Kawin dh 9 thn, anak sorang, umur 5 thn. Thn pertama kawin, aku sndri yg offer.. "takpe bang, barang dapur biar sy yg beli." Sbb sayang. Sbb x nk dia rasa terbeban, gaji dia pon masa tu baru RM2,800. Lama2 bil TNB pon aku. Pastu yuran tadika anak RM350 sebulan pon aku. Barang dapur dlm RM700 sebulan, semua dr akaun aku 🥲 Gaji laki aku skrg dh naik RM4,500. Tp duit dia utk rumah makin lama makin x nampak. Bulan lepas TNB RM238. Aku ckp elok2, "Bang, bulan ni boleh x abg tlg bayar TNB? Sy x cukup.." Dia x angkat muka pon dr phone. "Awak kan bergaji. Abg pon byk komitmen." Komitmen apa??? Kereta dia dh habis bayar 2 thn lepas. Rumah ni sewa, aku yg bayar separuh 😤 Mak mertua aku pulak.. dpn aku mmg manis gila. Tiap kali balik Rembau dia peluk aku, "Untung anak mak dpt bini rajin, pandai cari duit sndri." Aku senyum je. Aku ingat tu pujian. Smpai la malam Khamis tu. Pukul 11, laki aku tido dpn TV, phone dia bergetar atas meja. Mesej dr adik dia: "Abg, RM800 bulan ni dh masuk ke? Bank dh call adik 😭" RM800?? Bank call?? Tangan aku sejuk. Aku bukak app bank dia. Aku tau password tu sbb dia sndri yg bg dulu, "xde rahsia antara kita" katanya. Aku scroll.. RM800. RM800. RM800. Tiap 1hb, dh 3 thn, masuk akaun adik dia. Duit ansuran kereta baru adik dia. Bulan aku x cukup duit nk beli susu anak pon, RM800 tu tetap masuk. X pernah miss sekali pon. Esok pagi aku call mak mertua, nk tnya elok2. Dia jawab selamba je.. "Biasa la tu. Anak lelaki kena jaga family dia dulu. Kamu kan ada gaji sndri, takkan nk harap suami 100%." Suara dia masih lembut. Sama mcm masa dia peluk aku. Aku x gaduh. Aku x nangis dpn sape2. Aku x usik langsung duit adik dia. Malam tu aku susun atas meja makan, belah tempat laki aku duduk: Bil TNB RM238. Resit yuran tadika RM350. Senarai barang dapur minggu ni. Lepas tu aku masuk bilik, tido dgn anak aku. Esok pagi kertas2 tu masih situ, x berusik. Laki aku dh pegi keje. Aku pon x kemas. Biar je situ.. 💔 Isteri bekerja patut bayar barang rumah ke, atau tu tanggungjawab suami sorang? Rumah korang sape bayar barang dapur?
72
180
32
875
202,703
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
TERKINI INDONESIA FITNAH MALAYSIA Menteri Komunikasi Malaysia merangkap Jurucakap Rasmi Kerajaan Malaysia, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengesahkan tiada syarikat Malaysia terlibat dalam kebakaran hutan di Kalimantan dan Papua yang mengakibatkan jerebu besar di seluruh Asia Tenggara
118
2,669
134
7,631
419,174
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
Replying to @anwaribrahim
Dulu difitnah & dipenjara penyamun. House arrest pun dinafikan walau sakit. ​ Hari ni jadi PMX, blh je klu nk balas dendam, tapi PMX akur perkenan Agong bagi house arrest kat penyamun yang pernah aniaya dia. PMX berjiwa besar tak simpan dendam. Respect PMX. Ur always our hero🫡
4
43
503
26,305
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
Ini sebuah janji kepada tanah air yang kita cintai untuk terus berkhidmat, menjaga amanah dan memberikan yang terbaik buat rakyat Malaysia. Mencintai negara bukan hanya pada Jalur Gemilang yang kita kibarkan, tetapi pada tanggungjawab yang kita tunaikan setiap hari. Selagi diberi kepercayaan, selagi itu amanah ini akan saya galas. Untuk rakyat. Untuk Malaysia. Aku berjanji. 🇲🇾 #KESUMA #HariKebangsaan2026 #YakinMADANI #MalaysiaMadani #YangBerkhidmatRamanan
18
30
37
1,002
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
Merdeka bukan sekadar mengenang sejarah. Ia adalah amanah untuk kita terus menjaganya, membina dan mengangkat martabat Malaysia daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Kita warisi sebuah negara. Tanggungjawab kita adalah untuk menjadikannya lebih baik. Selamat Hari Kebangsaan Ke-69, Malaysia! #HariKebangsaan #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
10
31
31
884
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀! 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀! 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀! 🇲🇾 Hari ini saya dan rakan-rakan Jemaah Menteri bersama-sama YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meraikan Sambutan Hari Kebangsaan bersama lebih 140,000 rakyat Malaysia yang membanjiri Dataran Putrajaya. Sambutan penuh bermakna ini turut diserikan dengan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Cukup meriah dan luar biasa! Bergegar Dataran Putrajaya dengan laungan semangat kemerdekaan, kibaran Jalur Gemilang dan semangat patriotisme rakyat daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Inilah wajah Malaysia yang kita cintai. 🇲🇾 Lebih membanggakan saya, kontinjen Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), telah diberi penghormatan mengetuai Kontinjen Ekonomi dalam perbarisan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Satu penghormatan yang cukup bermakna buat seluruh warga KESUMA. Syabas kepada seluruh kontinjen PERKESO yang tampil penuh bersemangat dan membawa nama KESUMA dalam sambutan bersejarah ini. Anda telah membawa bersama aspirasi jutaan pekerja yang menjadi antara tunjang utama kekuatan dan kemajuan ekonomi negara. Tahniah dan syabas juga kepada semua peserta, petugas serta sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini berlangsung dengan begitu meriah dan penuh bermakna. Terima kasih kepada lebih 140,000 rakyat Malaysia yang hadir bersama-sama hari ini. Semangat anda cukup luar biasa! Selamat Menyambut Hari Kebangsaan! 🇲🇾 Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati #HariKebangsaan2026 #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #YangBerkhidmatRamanan
16
28
36
1,041
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
💥[SIARAN MEDIA] HIGH-LEVEL BILATERAL MEETING BETWEEN HON. DATO’ SRI RAMANAN RAMAKRISHNAN MINISTER OF HUMAN RESOURCES MALAYSIA AND HON. JULAPUN AMORNVIVAT MINISTER OF LABOUR THAILAND Putrajaya | 28 Ogos 2026 | Jumaat #KESUMA #BilateralMeeting #Malaysia #Thailand
2
31
30
934
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐕𝐄𝐓 Semasa berlangsung Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN Ke-29 (ALMM) di Bangkok, saya telah mengadakan pertemuan bersama Menteri Buruh Thailand, T.Y.T Julapun Amornvivat bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Thailand dalam bidang tenaga kerja. Antara perkara yang diberikan perhatian adalah kebajikan dan perlindungan pekerja, usaha memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan pengambilan, penggajian dan penghantaran pulang pekerja Thailand serta kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Kami turut membincangkan potensi memperluas kerjasama TVET melalui pertukaran pelajar dan tenaga pengajar, latihan industri serta program peningkatan kemahiran dalam bidang TVET digital, kemahiran hijau, pembuatan pintar dan keselamatan siber. Malaysia dan Thailand mempunyai hubungan yang erat sebagai negara jiran. Hubungan ini perlu terus diterjemahkan kepada kerjasama yang memberi manfaat nyata kepada pekerja, industri dan ekonomi kedua-dua negara. KESUMA akan terus memperluas kerjasama strategik di peringkat serantau bagi membuka lebih banyak ruang pembangunan kemahiran dan memastikan tenaga kerja negara kekal berdaya saing dalam menghadapi perubahan dunia pekerjaan. #KESUMA #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #ALMM29 #YangBerkhidmatRamanan
3
25
28
642
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋 Hari ini saya mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN Campur Tiga Ke-14 di Bangkok, Thailand yang menghimpunkan Menteri-Menteri Buruh dari negara-negara ASEAN bersama China, Jepun dan Republik Korea. Dalam mesyuarat tersebut, saya telah menegaskan bahawa masa depan tenaga kerja ASEAN bergantung kepada sejauh mana kita mampu memastikan kemahiran yang dimiliki rakyat bukan sahaja relevan dengan keperluan industri, tetapi turut diiktiraf dan diterima di peringkat antarabangsa. Malaysia menggariskan tiga keutamaan utama iaitu memperkukuh pensijilan bersama dan penyelarasan kelayakan TVET; memperluas pemindahan teknologi serta peningkatan kemahiran tenaga pengajar; serta membangunkan program latihan bertaraf dunia dalam bidang masa hadapan seperti kecerdasan buatan, kenderaan generasi baharu dan robotik. Kita mahu tenaga mahir yang dilatih dan memperoleh kelayakan di Malaysia serta negara-negara ASEAN mempunyai kemahiran yang diyakini industri, diiktiraf merentas sempadan dan membuka peluang lebih luas untuk mereka membina kerjaya serta bersaing di pentas dunia. Kerjasama bersama China, Jepun dan Republik Korea amat penting untuk mempercepat usaha ini melalui perkongsian kepakaran, teknologi dan amalan terbaik. Kerjasama ini bukan sekadar mengenai pengiktirafan sijil, tetapi tentang masa depan dan nilai tenaga kerja kita. Malaysia akan terus memainkan peranan aktif bersama negara-negara ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea untuk memastikan tenaga kerja kita mempunyai kemahiran yang relevan, kelayakan yang diyakini serta keupayaan untuk bersaing di mana sahaja. Kita mahu bakat ASEAN bukan sekadar memenuhi keperluan dunia pekerjaan masa hadapan, tetapi menjadi antara tenaga mahir terbaik yang menjadi pilihan dunia. #KESUMA #ASEAN #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
11
27
29
683
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐉𝐀𝐔 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 Hari ini, saya mewakili Malaysia telah membentangkan makluman semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN Ke-29 (ALMM) di Bangkok, Thailand. Dalam pencelahan tersebut, saya berkongsi perkembangan kepimpinan Malaysia dalam menerajui Agenda Pekerjaan Hijau ASEAN, satu tanggungjawab yang telah dipikul negara sejak 2018 dan kini diteruskan apabila Malaysia ditetapkan sebagai negara peneraju bagi projek Pekerjaan Hijau (Green Jobs) serantau di bawah 'ASEAN Labour Ministers’ Work Programme 2026–2030'. Malaysia telah berjaya memacu dua dokumen penting ASEAN berkaitan pekerjaan hijau, termasuk ASEAN Framework and Action Plan for a Just and Inclusive Transition to Green Jobs (2025–2030) serta 'Joint Statement on Actionable Plan for Green Jobs Towards a Sustainable and Inclusive ASEAN Workforce'. Saya turut berkongsi hasil ASEAN Green Jobs Forum 2025 yang dianjurkan di Putrajaya dengan penyertaan lebih 450 delegasi. Forum tersebut memberi tumpuan kepada AI, digitalisasi dan pekerjaan hijau, termasuk pembangunan kemahiran masa hadapan, pemerkasaan TVET, keterangkuman pekerja serta sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Malaysia akan terus memainkan peranan aktif memastikan peralihan ASEAN ke arah ekonomi hijau bukan sahaja membuka peluang pekerjaan baharu, tetapi turut memastikan tiada pekerja yang tercicir dalam perubahan dunia pekerjaan. Kita mahu ASEAN yang lebih mampan, inklusif dan bersedia menghadapi masa hadapan dengan pekerja kekal menjadi keutamaan. #KESUMA #ALMM #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
13
28
30
574
ᴮᵉˡˡᵃᵇᵉˡˡˢೃ⁀➷ retweeted
𝐋𝐔𝐍𝐂𝐇𝐄𝐎𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍-𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐋𝐎 Seusai Sesi Pembukaan Mesyuarat Menteri Buruh ASEAN Ke-29 (ALMM), saya bersama rakan-rakan sejawat telah menghadiri sesi luncheon yang diadakan bersempena mesyuarat tersebut anjuran Kerajaan Thailand selaku tuan rumah mesyuarat kali ini. Dalam kesempatan itu, saya turut mengadakan perbincangan lebih mendalam bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), T.Y.T. Gilbert F. Houngbo, khususnya mengenai isu-isu semasa berkaitan pembangunan tenaga kerja, masa depan pasaran buruh serta usaha memperkukuh perlindungan dan kebajikan pekerja. Pertemuan ini juga membuka ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai cabaran dunia pekerjaan yang semakin dinamik serta bagaimana kerjasama antara Malaysia dan ILO dapat terus diperkukuh dalam memastikan pembangunan tenaga kerja yang lebih mampan, berdaya saing dan inklusif. #KESUMA #ALMM #YakinMADANI #MalaysiaMadani #YangBerkhidmatRamanan
10
27
28
707