mulut aku ikut situasi. kadang berlapik, kadang lancang. ada tempat aku berkias, ada tempat aku main lepas. maaf kalau tak boleh terima.
untuk segala sayang kita yang hanyut dibawa rindu dan mati dilemaskan janji, selamat ulang tahun memori.
ya allah ya tuhanku, sibukkanlah aku dengan kebaikan hingga aku lupa akan kesedihan dan jauhkanlah aku dari kemalasan hingga aku bersyukur atas keberkahan
ilmu yang tinggi tidak akan sempurna tanpa adab. kalau setakat berilmu, iblis tu jauh lebih berilmu berbanding keupayaan manusia
zaman sekarang ni ramai manusia jenis hati penuh hasad dengki. bila tengok orang lain lebih sikit, terus mengelabah tak senang duduk. masalah mental betul lah
