Hari ni cuti sempena Hari Deepavali. Kami sambung jalan-jalan H2H menyantuni pengundi.
Ramai nyatakan sokongan kepada calon PH, Datuk Ashraf Minghat, anak jati DUN N.09 Durian Tinggal.
Melaka Rumah Kita
Durian Tunggal. Tiada Yang Tertinggal.
.
Jalan-jalan (H2H) santuni pengundi Taman Angkasa Nuri, DUN N.09 Durian Tunggal. Ramai-ramai keluar mengundi Calon No 2, Datuk Ashraf Minghat.
.
Pemergian yang agak mengejutkan. Tetapi begitulah takdir dan suratan. Apabila sampai ajal, tiada siapa yang dapat mempercepatkan atau melambatkan. Kerana kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan.
Kami bersaksi atas segala amal, kebaikan dan kebajikan yang beliau lakukan. Semoga Allah SWT ampuni dan cucuri rahmat ke atas rohnya serta tempatkan ia bersama orang yang beriman.
.
Parlimen Malaysia | Rabu, 5 November 2026. Perbahasan Belanjawan 2027 - Kementerian Ekonomi
Peruntukan Agihan Kepada Perbadanan Ekonomi Negeri². Kedah, Kelantan & Terengganu dapat banyak. Selangor dapat sikit?
.
Saya turut merasai keresahan dan kesulitan warga Shah Alam dan sekitarnya akibat beberapa kali kejadian banjir kilat yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Kejadian Banjir Kilat yang melanda Kg Melayu Subang, NKVE /Persimpangan Tol Shah Alam dan Seksyen 13 baru-baru ini adalah dalam jajaran Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Damansara.
RTB Sungai Damansara melibatkan kos sekitar RM481 juta yang sedang dalam pelaksanaan. Ia bertujuan mengatasi masalah banjir kilat dan limpahan air sungai yang kerap berlaku di kawasan berisiko tinggi.
Projek ini merangkumi keseluruhan jajaran Sungai Damansara, termasuk kawasan:
• Kampung Melayu Subang: Disahkan secara khusus sebagai sebahagian daripada jajaran projek ini. Kawasan kritikal yang kerap terjejas seperti Jalan Merbau, Jalan Tembusu, dan Jalan PKNS termasuk dalam tumpuan kerja-kerja mitigasi awal.
- TTDI Jaya, Bukit Jelutong, & Seksyen 13 Shah Alam: Memandangkan sungai utama atau anak sungainya mengalir melalui koridor Shah Alam ini menuju ke muara di Batu 3 (Lembangan Sungai Klang), kawasan-kawasan ini mendapat manfaat secara langsung.
- Sebagai contoh, sebahagian daripada komponen di bawah pakej Sungai Damansara ini merangkumi kerja tebatan di Anak Sungai Damansara. Ia dibina khusus untuk menangani isu banjir kilat di sempadan Subang/Shah Alam (seperti kawasan stesen Komuter Batu Tiga dan kawasan kediaman sekitarnya).
- Projek berkaitan seperti RTB Anak Sungai Damansara telah mencapai kemajuan tinggi dan hampir siap sepenuhnya.
Keseluruhan projek RTB Sungai Damansara
melibatkan kerja-kerja struktur berskala besar seperti pembinaan tembok banjir, kolam takungan banjir, rumah pam berkuasa tinggi, dan pendalaman sungai)
Ia dijalankan secara berperingkat merentasi dari hulu Sungai Damansara merentas daerah Petaling dan Shah Alam bagi memastikan impak perlindungan banjir yang menyeluruh.
Pokoknya, kerajaan tidak berdiam diri atau hanya reaktif terhadap kejadian yang berlaku. Masalah telah dikenalpasti. Peruntukan telah disediakan.
Penyelesaian menyeluruh telah direncanakan. Sebahagian rancangan tebatan banjir jangka pendek dan "quick wins" telah disempurnakan. Manakala penyelesaian projek jangka panjang sedang dilaksana.
Apa yang boleh dilakukan untuk menangani kejadian banjir kilat yang mungkin berlaku sementara keseluruhan projek utama disiapkan?
Harapan saya pelaksanaan projek ini tidak tertangguh. Malah kerajaan harus juga menilai semula beberapa langkah interim dan quick win di kawasan hot spot terbaru dan berisiko tinggi.
Saya akan terus membangkitkannya di Parlimen seperti yang saya lakukan sebelum ini. Selain turut mengadakan libat urus dan menyusuli perkembangan terkini dengan kerajaan negeri dan agensi yang berkenaan dari semasa ke semasa.
Usaha ini akan terus saya lakukan sehingga RTB Sungai Damansara disiapkan sepenuhnya sekitar tahun 2031.
.
Parlimen Malaysia | Selasa, 3 November 2026
Perbahasan Belanjawaan 2027 Peringkat Jawatankuasa - Kementerian Kewangan
.
Hampir empat jam bersoal jawab, meneliti dan mendapatkan penjelasan mengenai Tabung Haji.
Tanpa disedari, prosiding PAC yang berlangsung tengah hari semalam mengambil masa hampir empat jam.
Prosiding kali ini merupakan prosiding PAC kali ke-9 berhubung Tabung Haji, dengan kehadiran saksi, Tan Sri Abdul Rashid Hussin, Pengerusi Lembaga Tabung Haji.
Pelbagai persoalan dan perkara telah kami bangkitkan bagi mendapatkan penjelasan yang menyeluruh mengenai pengurusan, kedudukan serta hala tuju Lembaga Tabung Haji.
Sepanjang sesi, Tan Sri Rashid memberikan penjelasan dengan tekun, mengemukakan fakta, hujah yang rasional serta berkongsi pengalaman beliau dalam menguruskan institusi penting umat Islam ini.
Untuk rekod, sebelum dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji, beliau juga pernah berkhidmat sebagai salah seorang Pesuruhjaya dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji.
Bagi kami di PAC, setiap persoalan yang dibangkitkan dan setiap penjelasan yang diberikan amat penting dalam memastikan segala aspek pengurusan Tabung Haji diteliti secara menyeluruh.
Tabung Haji bukan sekadar sebuah institusi kewangan. Ia adalah institusi amanah yang membawa harapan jutaan umat Islam untuk menunaikan ibadah haji.
Justeru, aspek tadbir urus, ketelusan, akauntabiliti dan kemampanan kewangannya perlu sentiasa diberikan perhatian agar keyakinan para pendeposit terus terpelihara.
Matlamat akhirnya adalah untuk memastikan Tabung Haji terus kukuh, berintegriti dan mampu melaksanakan amanahnya demi kepentingan umat Islam serta generasi akan datang.
.
Sebelum ke Parlimen pagi semalam, saya singgah di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19, Shah Alam untuk bersama-sama meraikan penyempurnaan Program Mega Nutrisel oleh YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.
Program Nutrisel Asas dan MegaNutrisel merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi menyediakan sarapan dan minuman petang kepada murid-murid sekolah melalui Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026.
Dengan sasaran manfaat kepada 936,000 murid di seluruh Selangor, termasuk 126,000 murid di Shah Alam, program ini mencerminkan usaha memastikan anak-anak mendapat akses kepada makanan yang berkualiti dan berkhasiat.
Apa yang menarik, inisiatif ini bukan sekadar menyediakan makanan percuma. Lebih daripada itu, ia membawa mesej penting tentang pembudayaan gaya pemakanan sihat, pemilihan makanan bernutrisi serta pengambilan makanan yang betul dan seimbang sejak usia persekolahan.
Pelaksanaan program ini turut melibatkan kerjasama strategik Menteri Besar Incorporated (MBI), Yayasan MBI bersama rakan strategik seperti Farm Fresh, Gardenia dan Sunshine.
Kita mahu anak-anak bukan sahaja mendapat makanan yang mencukupi, tetapi juga membesar dengan pemakanan yang berkualiti demi perkembangan fizikal, kecerdasan minda dan kesejahteraan mereka.
Melabur dalam nutrisi anak-anak hari ini bermakna kita sedang membina generasi Madani yang lebih sihat, cergas dan berdaya tahan pada masa hadapan.
.
((Langsung)) Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (PMQT). PMX menjawab soalan (1) status Projek Trans Sabah Gas Pipeline (2) kawalan keselamatan dan koordinasi agensi penguatkuasaan kes penyeludupan dadah dan barang terlarang
.
facebook.com/share/v/19pFrFB…
Parlimen Malaysia | Isnin, 2 November 2026.
Bahas Belanjawan JPM - Jabatan Wilayah Persekutuan
8 tahun berlalu, ada banyak pembangunan. Kampong Bharu masih ketinggalan.
Dulu masa kecil, arwah abah saya ajar doa ini untuk hilangkan rasa gemuruh bila nak masuk dewan peperiksaan. "La takhaf, wa la tahzan. Innallaha ma'ana".
Alhamdulillah sampai sekarang saya ingat. Emak bapak boleh ajarkan pada anak² dan amalkan sama ... 😅
Selamat menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2026 kepada anak² pelajar Tahun 5 semua.
.
((Langsung)) Majlis Perasmian Konvensyen Parti Amanah Negara Negeri Selangor 2026 disempurnakan YB Senator DW Dr Mohd Hatta Ramli, Naib Presiden AMANAH di Dewan MBSJ SS15, Subang Jaya.
facebook.com/share/v/1CLNfaz…
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan hadir di hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bagi memberikan sokongan moral kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.28 Sungai Rambai, Saudara Aminuddin Abdul Jalil
DUN Sungai Rambai menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Sdr Aminuddin akan ditentang oleh
Jezlee Pit, calon Barisan Nasional dan
Norrizan Jantan, calon Bebas.
Kehadiran bersama rakan-rakan pimpinan dan jentera parti ini mencerminkan semangat kebersamaan, kesepaduan dan komitmen dalam mengharungi proses demokrasi.
Saya mendoakan agar Saudara Aminuddin serta seluruh jentera PH diberikan kekuatan, kesabaran dan kelancaran sepanjang tempoh berkempen.
Selamat berjuang, Saudara Aminuddin!
Melaka Rumah Kita!
.
Khabarnya Ahli² Parlimen PAS pun minat CSA ni. Lama dah. Tapi mereka tak boleh buat apa sebab pimpinan tertinggi jual mahal. Tak tahu apa depa nak. Hmmm....
Perjanjian CSA 2026 (Confidence and Supply Agreement) bukan bermakna pembangkang menggadaikan prinsip atau menyertai kerajaan.
PH sewaktu menjadi pembangkang pernah menandatangi CSA pada September 2021 ketika DS Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.
Sebaliknya, ia membuka ruang kerjasama demi kepentingan rakyat dan reformasi negara. Ketika itu Akta Anti-Lompat Parti diluluskan dan Undi 18 dilaksanakan.
Terkini pada 29 Oktober 2026, seramai 13 Ahli Parlimen Pembangkang (6 Bersatu, 6 ex-Bersatu, 1 Muda) menandatangani CSA dengan Kerajaan Madani.
Di antara perkara utama yang menjadi asas Perjanjian CSA 2026 :
1. Sokongan terhadap Belanjawan 2027.
2. Komitmen terhadap reformasi institusi.
3. Sokongan terhadap Pengasingan kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya
4. Sokongan terhadap Had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.
5. Peruntukan pembangunan yang sama rata kepada Ahli Parlimen pembangkang.
6. Pembangkang mengekalkan peranan dan fungsi sebagai semak dan imbang.
Inilah semangat CSA – kerjasama tanpa mengorbankan prinsip.
Kerajaan mendapat kestabilan untuk mentadbir. Pembangkang terus memainkan peranan semak dan imbang, manakala rakyat mendapat manfaat daripada reformasi institusi dan pembangunan yang lebih adil.
Akhirnya, yang paling penting bukan siapa menang atau kalah, tetapi bagaimana negara dan rakyat mendapat manfaat.
PERJANJIAN CSA 2026: MENANG-MENANG UNTUK SEMUA
.
Alhamdulillah. Menjelang 6.00pm Belanjawan 2027 telah diluluskan Ahli Dewan Rakyat dengan undian suara. "Siapa yang bersetuju katakan setuju...", "Setuju!!!".
Kehadiran penuh di sebelah MP Kerajaan termasuk MP Pembangkang yang baru menandatangani CSA menyokong kerajaan.
Hanya sebahagian kecil MP Pembangkang yang berada di dalam dewan ketika penggulungan YB Menteri Kewangan II dan belanjawan diluluskan. Hmmm...
.




























