uncle retweeted
PLOT TWIST
Banyak plot twist berlaku minggu ini berhubung kes Datuk Seri Najib Razak.
Sampai ramai yang keliru. Najib dah bebas ke? Dah balik rumah ke? Atau masih kena duduk penjara?
Kita cuba faham satu persatu.
🟦APA YANG BERLAKU?
1. Heboh sejak awal minggu ini. Desas-desus mengatakan DS Najib akan keluar penjara dan menjalani tahanan di rumah. Berita ini disangkal oleh anaknya dan Datin Seri Rosmah. Katanya, mereka pun tak tahu-menahu.
2. Alih-alih pagi semalam, UMNO mengumumkan bahawa denda sebanyak RM50 juta telah dibayar melalui Tabung Solidariti Najib Razak.
3. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudian mengeluarkan Order of Discharge atau Perintah Pelepasan, yang mengarahkan Najib dilepaskan dari Penjara Kajang.
4. Bagaimanapun, timbul persoalan tentang baki hukuman penjara SRC. Berdasarkan satu tafsiran terhadap pengampunan bersyarat yang diberikan, Najib masih perlu menjalani hukuman tersebut, cuma melalui tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
5. Petang semalam, kenderaan yang membawa Najib dilaporkan meninggalkan Penjara Kajang. Ramai menyangka beliau sedang dibawa pulang ke kediamannya di Jalan Langgak Duta. Namun, laporan kemudian menjelaskan bahawa beliau keluar untuk pemeriksaan kesihatan. Najib dilaporkan kembali ke Penjara Kajang sekitar jam 7.15 malam.
**************
🟦 TAPI PETANG SEMALAM JUGA, ADA PERKEMBANGAN BAHARU.
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan tahanan rumah Najib wajar ditangguhkan sementara.
Kenapa?
Sebab ada satu persoalan undang-undang yang perlu diperjelaskan terlebih dahulu.
🟦ADAKAH HUKUMAN SRC NAJIB SUDAH TAMAT ATAU MASIH BERJALAN?
Ini rentetan daripada pengampunan bersyarat yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 18 September 2026.
Menurut AGC, terdapat dua kemungkinan tafsiran terhadap kesan pengampunan tersebut.
♦️TAFSIRAN PERTAMA:
Bayaran RM50 juta hanya menyelesaikan hukuman denda.
Hukuman penjara SRC masih berjalan sehingga 23 Ogos 2028. Bezanya, Najib tidak lagi menjalani hukuman di Penjara Kajang, tetapi di rumah sendiri.
Maksudnya, tahanan rumah bukan bermakna hukuman penjara sudah tamat. Cuma tempat menjalani hukuman yang berubah.
♦️TAFSIRAN KEDUA:
Apabila RM50 juta dibayar, keseluruhan hukuman bagi kes SRC dianggap sudah selesai.
Maknanya, Najib tidak lagi mempunyai baki hukuman SRC yang perlu dijalani.
***************
🟦KENAPA PERBEZAAN INI PENTING?
Sebab Najib ada satu lagi hukuman penjara bagi kes 1MDB, iaitu selama 15 tahun.
Mengikut perintah hukuman yang dilaporkan, hukuman 1MDB itu sepatutnya bermula selepas hukuman SRC selesai.
Jadi, ada dua kemungkinan:
♦️Kalau hukuman SRC dianggap tamat semalam, hukuman penjara 1MDB selama 15 tahun itu boleh mula berjalan dari semalam.
♦️Kalau hukuman SRC masih berjalan sehingga 23 Ogos 2028, hukuman 1MDB hanya bermula selepas tarikh tersebut.
Nampak tak bezanya?
🟦SEBAB ITULAH AGC MINTA TANGGUH DAHULU.
Menurut AGC, keadaan ini belum pernah berlaku sebelum ini dan memerlukan penjelasan undang-undang yang jelas.
AGC juga menegaskan bahawa pendirian mereka bukan bermaksud mencabar titah atau keputusan pengampunan Yang di-Pertuan Agong.
Sebaliknya, mereka mahu memastikan bagaimana keputusan tersebut patut dilaksanakan dari sudut undang-undang.
***************
🟦TAPI PEGUAM NAJIB PULA TAK SETUJU.
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mempertikaikan pendirian AGC.
Menurut pihak peguam, semua syarat pengampunan yang ditetapkan telah pun dipenuhi.
Mereka berhujah bahawa perintah mahkamah sepatutnya dilaksanakan dan penahanan berterusan Najib adalah tidak sah.
Jadi sekarang, timbul satu lagi persoalan undang-undang.
Bolehkah pelaksanaan perintah mahkamah ditangguhkan melalui pendirian AGC, tanpa perintah mahkamah yang menggantung pelaksanaannya?
Ini bukan lagi sekadar persoalan di mana Najib patut menjalani hukuman.
Tetapi turut melibatkan kuasa mahkamah, kuasa eksekutif dan pelaksanaan pengampunan Diraja.
************
uncle retweeted
THROWBACK
Kerajaan langit ialah sebuah kumpulan agama yang diasaskan oleh Ariffin Mohamad (1941–2016) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin yang diisytiharkan sebagai ajaran sesat oleh JAKIM.
Kumpulan ini berpusat di Hulu Besut, Terengganu.
uncle retweeted
Keselamatan Negara dikompromi dan 6 tahun kemudian, tidak ada seorang Pendekar umno nak ambil tau! Kocek dan penuh kot?
uncle retweeted
Beg tangan pink ni bernilai RM 887,103 di tahun 2015. Cuba bandingkan dengan harga rumah yang korang duduk sekarang.
Lepastu tanya diri sendiri, kenapa korang derma dekat Najib?
uncle retweeted
[PESANAN] Kalau beli telur sepapan masih tengok harga, tak payahlah beriya sponsor orang kaya.
uncle retweeted
Overview of a couple of days in Kuala Lumpur last week with @WesBrown24 and Park Ji-Sung. Skylines, padel, enthusiastic football fans, great food and in good company with @MAS @ManUtd
uncle retweeted
Pro Ref has admitted an 'error of judgement' in awarding Manchester City's winner at Manchester United in their 1-0 victory at Old Trafford.
Erling Haaland's goal was initially disallowed for offside on the pitch before VAR overturned the decision.
uncle retweeted
I missed this explosive article. Multiple sources have alleged that Shafee Abdullah's second wife, Tania Scivetti, is one of Azam Baki's MACC runner. SR confirms that MACC indeed acted as a middleman to connect Tania Scivetti to one of the key 1MDB witness sarawakreport.org/2026/08/pr…
uncle retweeted
As a regular tax payer, this is normal. No complication and more than happy to contribute to both countries. Should make it double 🕶️. #gameisrigged
A coalition of 30 civil society groups have urged AG Dusuki Mokhtar to explain why businessman Nicky Liow was granted a DNA in his RM36 million money laundering case.
They questioned why the AGC accepted Liow’s representation, what considerations led to the decision, and whether the 26 charges could be reinstated.
📷: China Press
🧵1
uncle retweeted
KJ has always been very good at putting on whichever mask suits the agenda of the day. In government, one face. Out of government, another. During elections, yet another.
You can rebrand with podcast, polish the image and reinvent yourself as the reasonable truth-teller. But no amount of rebranding can erase a record of political convenience. Credibility isn’t a costume you put on when it suits you.
#KeluarSekejap
#MasukTopengSekejap
#TukarTopengSekejap
#TukarPrinsipSekejap
#LupaDuluSekejap
#RebrandSekejap
#JujurBilaConvenient
#PrinciplesKeluarSekejap
#MemoriKeluarSekejap
#AccountabilityKeluarSekejap
#DuluLainSekarangLain
#MaskOnMaskOff
#ConvenientlyKJ
#KJKeluarSekejapPrinsipPunKeluar 😭






































