Abang Skema (@iNerd__) header
Abang Skema (@iNerd__) profile picture

Semoga urusan kita semua dipermudahkan ❤️

Malaysia
Joined April 2016
Photo by Abang Skema (@iNerd__)Photo by Abang Skema (@iNerd__)Photo by Abang Skema (@iNerd__)Photo by Abang Skema (@iNerd__)Photo by Abang Skema (@iNerd__)Photo by Abang Skema (@iNerd__)Photo by Abang Skema (@iNerd__)Photo by Abang Skema (@iNerd__)Photo by Abang Skema (@iNerd__)Photo by Abang Skema (@iNerd__)
Abang Skema retweeted
Yang mana pilihan korang?
1
27
6
1,114
Sekitar suasana hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini. Saya berkesempatan singgah ke beberapa kawasan bagi memberikan sokongan dan semangat kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan membawa cabaran parti pada pilihan raya kali ini. Antara kawasan yang sempat saya kunjungi ialah: 🔹 N23 Telok Mas – Calon No. 2, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman (Tok Ajak) 🔹 N14 Klebang – Calon No. 4, Datuk Wira Lim Ban Hong 🔹 N07 Gadek – Calon No. 4, S. Nadarajah Alhamdulillah, suasana cukup meriah dengan kehadiran para penyokong dan jentera parti yang tampil penuh semangat. Terima kasih kepada seluruh jentera BN yang terus bekerja keras dan menunjukkan komitmen serta kesetiaan dalam perjuangan parti. Ayuh rakyat Melaka, tunaikan tanggungjawab anda pada 4 November 2026 nanti. Undilah calon-calon Barisan Nasional! #PRNMelaka2026 #BarisanNasional #BNForMelaka #BirukanMelaka
1
21
43
685
Petang tadi menerima kunjungan daripada jaguh berbasikal trek negara, Datuk @AzizulAWANG atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman. Beliau baru sahaja pulang daripada temasya Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Sempat juga beliau menunjukkan pingat emas yang dimenanginya dalam kedua-dua kejohanan tersebut. Kami turut berbincang dan merangka beberapa program serta inisiatif bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau, khususnya dalam membangunkan bakat sukan serta menyuntik semangat kecemerlangan dalam kalangan mahasiswa. Banyak pengalaman dan kisah perjuangan beliau yang boleh dijadikan inspirasi, terutama tentang disiplin, ketekunan dan semangat tidak mudah mengalah. Terima kasih atas kunjungan, Datuk Azizulhasni. Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia! Beliau dalam rangka persediaan untuk Sukan Olimpik 2028 nanti. InsyaAllah kita akan bawakan khas The Pocket Rocketman ke Festival of Ideas (FOI) Putrajaya pada 17-19 November 2026 di PICC Putrajaya nanti. #ThePocketRocketman #KPT #doczam
10
24
45
658
Semalam menerima kunjungan dan bertukar pandangan bersama Dr. Maliki Osman, bekas Menteri di Pejabat Perdana Menteri Singapura yang turut pernah memegang portfolio Menteri Luar II dan Menteri Pendidikan negara tersebut. Pertemuan ini menjadi ruang untuk kami berkongsi pandangan dan pengalaman, khususnya mengenai perkembangan pendidikan tinggi, pembangunan modal insan serta cabaran masa depan dalam landskap pendidikan serantau. Semoga hubungan erat Malaysia dan Singapura, khususnya dalam bidang pendidikan, terus diperkukuh melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara. #MalaysiaSingapura🇲🇾🇸🇬
22
43
421
Saya menyampaikan sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Rakyat. Ikuti sesi penggulungan ini secara langsung menerusi pautan berikut: facebook.com/share/v/1A3tDCn… #Belanjawan2027 #KPT #MalaysiaMADANI #doczam facebook.com/share/v/1A3tDCn…
25
46
702
MALAM KEMUNCAK PULARA 2026! Jom datang beramai-ramai malam ini ke Acara Kemuncak Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026! 📅 25 Oktober 2026 (Ahad) ⏰ 9.00 malam 📍 Dataran MADANI, Seri Manjung, Perak Pelbagai persembahan menarik menanti anda, termasuk deklamasi puisi, persembahan lagu rakyat, kesenian tradisional dan persembahan budaya yang menghimpunkan penggiat seni dari dalam dan luar negara. Jangan lupa ajak keluarga dan sahabat handai. Jumpa anda malam ini di Dataran MADANI, Seri Manjung! #PULARA2026 #FestivalPuisiDanLaguRakyatAntarabangsa #Manjung #Lumut #doczam
24
44
737
AYUH, KITA BIRUKAN MELAKA! 🔵💙 Sekitar Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengenalan Calon Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 yang berlangsung malam tadi di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Majlis ini turut memperkenalkan 21 calon Barisan Nasional secara rasmi bagi menghadapi pilihan raya kali ini, sekali gus menandakan kesiapsiagaan seluruh jentera parti untuk menggalas amanah dan tanggungjawab kepada rakyat Negeri Melaka. Kepada seluruh calon dan jentera BN, teruskan perjuangan dengan semangat dan keikhlasan. Kita kekalkan politik dalam kesederhanaan dan perjuangan untuk rakyat. Perkukuhkan saf muafakat serta melaksanakan tanggungjawab dengan kerja berpasukan dan penuh dedikasi. Ayuh, kita Birukan Melaka! #𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 #BirukanMelaka #KitaGengBiru #BNSayangRakyat #PRNMelaka #doczam
24
42
804
PULARA BUKAN SEKADAR SENI DAN BUDAYA, TETAPI JUGA PENGISIAN KEROHANIAN Senario oo oo oo Senario… PULARA bukan sekadar mengangkat seni, adat dan budaya warisan bangsa, tetapi turut memberi penekanan kepada pengisian kerohanian, pembinaan sahsiah dan pengukuhan hubungan sesama masyarakat. Alhamdulillah, pagi tadi saya berkesempatan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Arfiah, Kampung Batu 3, Segari, Manjung, sempena PULARA 2026. Syukur melihat kehadiran yang cukup menggalakkan daripada penduduk kampung dan para peserta PULARA yang bersama-sama mengimarahkan masjid pada awal pagi. Selesai solat Subuh, program diteruskan dengan ceramah santai bersama Kumpulan Senario sebelum kami menyertai aktiviti brisk walk bersama komuniti setempat. Inilah pendekatan PULARA yang kita bawakan kali ini. Bukan sekadar memperkenalkan seni dan budaya kepada masyarakat, tetapi membawa pelbagai aktiviti terus ke kampung-kampung, mendekati penduduk dan menghidupkan semangat kebersamaan. Kita mahu PULARA menjadi wadah yang menyatukan seni, budaya, kerohanian dan kehidupan bermasyarakat. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan Allah SWT. Banyak lagi acara menarik di sekitar Manjung dalam program PULARA kali ini. Jom semua. #PULARA2026 #FestivalPuisiLaguRakyat #SolatSubuhBriskWalk #Manjung #Lumut
11
24
43
884
Hari ini saya menerima kunjungan hormat daripada bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, TYT John K. Samuel dan bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Islam Iran, TYT Dato’ Wan Aznainizam Yusri bin Wan Abdul Rashid. Kedua-duanya bukanlah asing bagi saya kerana pernah bersama-sama ketika saya menerajui Kementerian Luar Negeri dahulu. Pertemuan ini menjadi medan bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara, khususnya potensi memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan dan pertukaran kepakaran antara Malaysia dengan Kanada serta Iran yang boleh dibawa oleh kedua-dua mereka nanti. Tahniah atas pelantikan kedua-duanya dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dalam menggalas amanah baharu ini. Semoga terus cemerlang membawa nama dan kepentingan Malaysia di persada dunia. #MalaysiaKanada #MalaysiaIran #doczam
1
22
42
895
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Tiada ungkapan yang mampu saya zahirkan selain rasa syukur dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak atas segala bentuk bantuan, tenaga dan khidmat yang telah diberikan kepada penduduk Pulau Pangkor yang terjejas akibat banjir baru-baru ini. Bantuan yang cepat dan tindakan yang pantas daripada pelbagai pihak amat bermakna, khususnya ketika penduduk sedang berdepan dengan kesulitan dan memerlukan pertolongan. Kepada para mahasiswa, sukarelawan, warga universiti, pasukan keselamatan, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan serta orang perseorangan yang turun membantu, saya amat menghargai segala pengorbanan kalian. Ada yang datang dari jauh, ada yang mengorbankan masa dan tenaga, ada yang menyumbang makanan dan keperluan, malah ada yang bekerja tanpa mengenal penat dan lelah demi memastikan rumah serta kawasan yang terjejas dapat dibersihkan. Kalian hadir bukan sekadar membawa bantuan, tetapi membawa harapan dan kekuatan kepada mereka yang sedang diuji. Sebagai anak jati Pulau Pangkor, saya benar-benar tersentuh melihat semangat kebersamaan dan keprihatinan yang ditunjukkan. Inilah nilai kemanusiaan yang perlu terus kita suburkan. Ketika musibah melanda, kita tidak bertanya siapa mereka, tetapi apa yang boleh kita lakukan untuk membantu. Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan kebaikan kalian dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Dari lubuk hati saya yang paling dalam, terima kasih kerana hadir membantu keluarga besar kami di Pulau Pangkor. Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kebaikan kalian. #PulauPangkor #doczam
10
25
47
913
Menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Tuanku Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), atas perkenan berangkat menyempurnakan Pemasyhuran Dewan Tuanku Canselor di UMPSA Kampus Pekan, hari ini. Dalam majlis yang penuh bermakna ini, saya turut berbesar hati menyampaikan watikah pelantikan semula Kebawah Duli Paduka Baginda sebagai Canselor UMPSA. Pemasyhuran dewan ini bukan sekadar melambangkan pembangunan prasarana universiti, tetapi menjadi simbol aspirasi UMPSA untuk terus mengangkat kecemerlangan pendidikan tinggi, penyelidikan dan inovasi ke peringkat antarabangsa. Menariknya, seni bina Dewan Tuanku Canselor ini diinspirasikan daripada Wau Pungguk, warisan tradisional Pekan, Pahang. Ia membawa falsafah yang cukup dekat dengan aspirasi pendidikan tinggi negara, iaitu “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi.” Kita mahu universiti terus terbang tinggi meneroka ilmu, teknologi dan inovasi, namun pada masa yang sama kekal berpijak pada nilai, budaya dan jati diri bangsa. Apa yang lebih penting, kecemerlangan universiti juga berjalan seiring dengan kebajikan mahasiswa. Usaha UMPSA menyediakan bantuan pendidikan, zakat dan biasiswa merupakan komitmen yang perlu terus diperkukuh agar tiada anak bangsa tercicir daripada peluang pendidikan tinggi. Tahniah kepada seluruh warga UMPSA atas pencapaian ini. Semoga menjelang sambutan Jubli Perak pada tahun 2027, UMPSA terus melakar kejayaan dan melahirkan graduan yang bukan sahaja hebat ilmunya, tetapi juga tinggi nilai dan jati dirinya. Terus menggapai di langit, namun jangan sesekali lupa akar di bumi. #UMPSA #KPT #MenggapaiDiLangitMengakarDiBumi #doczam
26
45
1,018
Doa sepiku ini Dihiasi bunga cempaka Mengiringi kembaramu… Siapa tak kenal dengan penyanyi hebat, Dato’ Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali dengan Ameng yang juga penyanyi utama Kumpulan Spring. Kebetulan terserempak semalam sebelum saya balik ke KL. Singgah di Restoran Madinah. Suara masih sedap dan masik kekal muda seperti dulu. Semoga terus berjaya buat Ameng. #Ameng #Spring #Lumut #doczam
13
25
45
984
Tengah hari tadi, saya berkesempatan bersama-sama pegawai perhubungan dan komunikasi korporat dari seluruh Universiti Awam serta agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), dalam sesi KARISMA. Dalam pertemuan ini, saya berkongsi pandangan mengenai peranan penting komunikasi dalam menyampaikan dasar, inisiatif dan pencapaian pendidikan tinggi negara kepada masyarakat. Saya menekankan bahawa tugas komunikasi bukan sekadar menyampaikan maklumat atau membuat hebahan, tetapi bagaimana kita membina kefahaman, keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi pendidikan tinggi. Dalam dunia komunikasi yang semakin pantas dan mencabar, kita perlu lebih proaktif, kreatif dan strategik. Setiap dasar dan inisiatif yang dilaksanakan mesti diterjemahkan dalam bentuk naratif yang jelas, mudah difahami dan dekat dengan rakyat. Saya juga mengingatkan bahawa pegawai komunikasi merupakan antara barisan hadapan yang membawa imej dan suara institusi. Justeru, kepekaan terhadap isu, ketepatan fakta, kepantasan bertindak serta kebijaksanaan mengurus persepsi amat penting. Harapan saya agar sesi KARISMA ini dapat memperkukuh jaringan dan kesepaduan komunikasi antara KPT, universiti serta seluruh agensi supaya kita dapat bergerak sebagai satu pasukan dengan mesej dan hala tuju yang jelas. “Apabila sesuatu yang benar tidak disampaikan dengan jelas, teratur, atau bukti yang kukuh, ia mudah menimbulkan ragu-ragu dan akhirnya ditolak sebagai palsu. Sebaliknya, pembohongan yang dirancang dengan teliti, diulang-ulang secara konsisten, dan dikemas kini dengan strategi komunikasi yang berkesan boleh memperdaya orang ramai sehingga diterima sebagai satu fakta yang sah.” #KARISMA2026 #KPT #UKKPRO #doczam
26
43
493
Kereta Myvi yang Mesut Özil pernah naik pun ditenggelami air banjir😭 #Pangkor #Lumut #doczam
12
52
62
3,680
Meninjau sendiri keadaan banjir di beberapa kawasan di Pulau Pangkor hari ini. Alhamdulillah, ada kawasan yang airnya telah surut, namun masih terdapat beberapa lokasi yang dinaiki air dan belum pulih sepenuhnya. Saya telah berbincang dengan beberapa pihak termasuk Majlis Perbandaran Manjung, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan bagi menyelaras tindakan segera untuk membantu penduduk yang terjejas. Keutamaan kita ketika ini adalah memastikan kebajikan dan keselamatan penduduk terus terpelihara serta bantuan dapat disalurkan secepat mungkin. Kepada mereka yang terkesan, boleh berhubung dengan pihak kita bagi mendapatkan bentuk bantuan dan maklumat lanjut. Terima kasih kepada Restoran Madinah yang telah menyumbangkan beberapa ratus pek makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir hari ini. Kita juga akan menggerakkan sukarelawan daripada Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) untuk membantu kerja-kerja pembersihan dan pemulihan pascabanjir apabila keadaan mengizinkan. Sama-sama kita doakan agar semua terlibat diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan. Setiap ujian pasti ada hikmahnya. #Pangkor #Lumut #doczam
12
48
50
1,136
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kali Ke-105 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, hari ini. Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor merangkap Pro-Canselor UiTM. Pada istiadat ini, Seri Paduka Baginda selaku Canselor UiTM berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor wanita pertama UiTM, serta mengurniakan Anugerah Graduan Terbaik Utama UiTM 2026 kepada 15 graduan cemerlang. Tahniah kepada 32,630 graduan UiTM yang diraikan dalam istiadat konvokesyen kali ini. Kejayaan ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap pencapaian akademik, tetapi juga lambang pengorbanan ibu bapa, keluarga dan para pendidik yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan mereka. Saya berharap ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di universiti dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membina masa depan, menyumbang kepada masyarakat serta membawa perubahan yang bermakna kepada negara. UiTM telah memainkan peranan besar dalam membuka peluang pendidikan tinggi dan melahirkan generasi profesional Bumiputera yang menjadi sebahagian daripada kekuatan pembangunan negara. Peranan dan legasi ini perlu terus diperkukuh seiring dengan tuntutan serta cabaran masa hadapan. Daulat Tuanku! #KonvoUiTM105 #KPT #doczam
42
44
1,068
Selesai menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM pagi tadi, saya terus bergerak ke Manjung untuk merasmikan Majlis Graduasi Sekolah-Sekolah Rendah Agama (KAFA) dan Akademik Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN) Daerah Manjung Tahun 2026. Daripada meraikan para graduan universiti, saya kemudian bersama anak-anak yang baru meniti perjalanan menuntut ilmu. Kedua-duanya membawa harapan besar ibu bapa yang mahu melihat anak-anak berjaya dan menjadi insan yang baik serta bakal kepimpinan akan datang. Saya sentiasa percaya pendidikan perlu membina “otak dan watak”. Sejak kecil, anak-anak perlu dibimbing untuk mencintai ilmu, menjaga adab serta menghormati ibu bapa dan guru. Inilah asas yang akan membentuk keperibadian mereka hingga dewasa. Tahniah kepada semua anak-anak yang diraikan. Terima kasih kepada para guru atas kesabaran mendidik serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan doa. Semoga anak-anak ini terus tekun belajar, berakhlak mulia dan membesar menjadi insan yang berbakti kepada agama, masyarakat serta negara. #Manjung #doczam
11
43
43
1,143
Allahuakbar. Hujan lebat sejak awal pagi. Menerima berita beberapa kawasan di Pangkor dinaiki air, termasuk kawasan kampung saya sendiri. InsyaAllah, saya akan turun meninjau keadaan, bertemu penduduk yang terjejas dan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka. Kita juga telah memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa yang bersiap sedia untuk membantu penduduk terjejas. Kepada warga Pangkor yang terkesan, utamakan keselamatan diri dan keluarga serta patuhi arahan pihak berkuasa. Didoakan semoga Allah SWT melindungi kita semua, meredakan keadaan dan mempermudah segala urusan. #Pangkor
14
43
50
1,727
Mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah.
41
42
881
Menerima kunjungan TYT Mr Desmond Lee, Menteri Pendidikan Singapura tengah hari tadi. Saya membawa beliau berkunjung ke Semuka Cafe, Seri Negara. Kami bertukar pandangan mengenai pendidikan serta potensi memperkukuh kerjasama antara institusi pendidikan tinggi Malaysia dan Singapura. Saya percaya hubungan erat kedua-dua negara dapat terus diperkukuh melalui perkongsian ilmu dan kepakaran, kerjasama penyelidikan serta mobiliti pelajar dan ahli akademik. Pendidikan menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat dan membina persahabatan merentas sempadan. Terima kasih atas kunjungan ini. Semoga persahabatan Malaysia–Singapura terus berkembang dan membuka lebih banyak peluang yang memberi manfaat kepada generasi muda kedua-dua negara. 🇲🇾🇸🇬 …………………… It was a pleasure to welcome His Excellency Mr Desmond Lee, Singapore’s Minister for Education, earlier this afternoon. I also had the opportunity to bring him to Semuka Cafe at Seri Negara. We exchanged views on education and explored opportunities to further strengthen collaboration between higher education institutions in Malaysia and Singapore. 🇲🇾🇸🇬 @DesmondTSLee #MalaysiaSingapura🇲🇾🇸🇬 #MalaysiaMADANI #KPT #doczam
11
42
46
1,315