P retweeted
Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dilaporkan telah meninggal dunia pada petang Jumaat.
#AWANInews
#AWANI745
astroawani.com/berita-malays…
P retweeted
Tabung Solidariti Najib Razak untuk kumpul RM50 juta sudah capai sasaran dan mencukupi.
UMNO telah menyelesaikan segala proses pembayaran kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi -Asyraf Wajdi
P retweeted
Beberapa ahli parlimen hari ini membidas Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang didakwa menyifatkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) ditandatangani antara ahli parlimen pembangkang dengan kerajaan Madani sebagai 'pendekatan Dajjal'.
Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) membangkitkan isu itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.
Video penuh: youtu.be/XlO_hPTiKys
P retweeted
Orang dh tau dah mmg kepunyaan melayu islam...
Syarikat melayu islam di subcon kpd syarikat melayu islam jgk yg pengarah nya seorang wanita berasal dari kelantan.
P retweeted
💚 GILA GILA GUYSSS UDAH DI TAHAP MALAYSIA KASI TAMPARAN KE PRA*BOWO PKE BAHASA JAWA ‼️👊🏻
TOLONG ARTINYA APA GUYS 😭
BTW THX MALAYSIA 👏👏
"Go away, I don't want to see you!" DYMM YDPB Tuanku Muhriz sangat murka terhadap Ismail Lasim.
#DaulatTuanku #TuankuMuhriz
P retweeted
KITA AKAN MUSNAHKAN SEGALANYA!
Seram bila Geng Sakau kembali.
Tak percaya tgk Negeri Sembilan, abis dia musnahkan segalanya.
P retweeted
Hamzah nak musnahkan segala galanya⁉️
Dah semakin gila dah pembangkang. Bakal ada kes ke bang, yg tiber meroyan nak musnahkan negara nak musnahkan segala galanya⁉️
P retweeted
VTA Chery Omoda 5 Digantung, Jeremy Ang Gesa Lemon Law Dipercepat
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mempercepat penggubalan ‘Lemon Law’ automotif bagi melindungi pembeli kenderaan daripada menanggung beban kewangan dan gangguan urusan harian akibat kecacatan keselamatan yang serius atau masalah berulang.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan, Jeremy Ang, berkata penggantungan sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperlihatkan keperluan memperkukuh perlindungan pengguna dalam sektor automotif.
Menurutnya, perlindungan berkenaan perlu diwujudkan melalui pindaan Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan mekanisme yang jelas, menyeluruh dan berkesan.
Beliau berkata, insiden kegagalan gandar belakang yang dilaporkan berulang sejak 2024 menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna, selain risiko kewangan apabila kenderaan tidak dapat digunakan.
“Rakyat Malaysia termasuk golongan belia dan keluarga yang bergantung pada kenderaan untuk bekerja serta menguruskan keperluan harian, tidak seharusnya menanggung keseluruhan beban kewangan akibat kecacatan produk atau kelemahan kawalan kualiti yang berada di luar kawalan mereka,” katanya dalam kenyataan.
Jeremy, yang juga Timbalan Ketua Cabang Keadilan Kepong, menjelaskan bahawa pembeli melalui pembiayaan sewa beli jangka panjang masih berdepan komitmen kewangan walaupun kenderaan perlu dihantar untuk pemeriksaan atau pembaikan.
Pada masa sama, mereka mungkin terpaksa menanggung kos pengangkutan alternatif bagi meneruskan pekerjaan dan urusan keluarga.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan empat perlindungan utama dimasukkan dalam kerangka ‘Lemon Law’ automotif.
Pertama, pengguna perlu diberikan hak mendapatkan pembelian semula, penggantian kenderaan atau pemulangan wang yang sewajarnya apabila kecacatan keselamatan serius atau masalah berulang gagal diselesaikan selepas beberapa percubaan pembaikan dalam tempoh munasabah.
Menurutnya, mekanisme itu perlu diselaraskan dengan institusi pembiayaan supaya penyelesaian baki pembiayaan, pemilikan kenderaan dan pembayaran balik kepada pengguna dapat dilakukan secara jelas serta adil.
Kedua, beliau menggesa had tuntutan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dikaji semula dan ditingkatkan.
Dalam kenyataannya, beliau merujuk had RM50,000 sebagai kekangan bagi tuntutan yang melibatkan nilai sebenar sesebuah kenderaan baharu.
Ketiga, Jeremy mencadangkan bantuan pembiayaan sementara melalui kerjasama kerajaan, pihak berkuasa berkaitan dan institusi kewangan.
Cadangan itu merangkumi penangguhan atau penyusunan semula bayaran sewa beli tanpa penalti yang tidak munasabah apabila kenderaan tidak dapat digunakan untuk tempoh panjang akibat siasatan keselamatan, pemanggilan semula atau pembaikan kecacatan serius.
Keempat, pengeluar atau pengedar dicadangkan diwajibkan menyediakan kenderaan ganti, pengangkutan alternatif atau elaun mobiliti yang munasabah sepanjang pemeriksaan dan pembaikan bagi kecacatan keselamatan yang disahkan.
Beliau menegaskan bahawa keselamatan, mobiliti dan hak pengguna perlu dilindungi melalui perundangan yang tegas, di samping memastikan pengeluar serta pengedar memikul tanggungjawab sewajarnya.
Terdahulu, JPJ memaklumkan penggantungan sementara VTA secara bersasar terhadap model dan varian Chery Omoda 5 yang berpotensi terlibat susulan insiden di Johor Bahru.
Tindakan itu menangguhkan pendaftaran baharu yang berkaitan sehingga siasatan teknikal selesai dan risiko keselamatan dikenal pasti.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata Chery Malaysia perlu mengenal pasti unit yang berpotensi terjejas untuk pemeriksaan dan tindakan pembetulan.
Penggantungan hanya akan ditarik balik selepas tindakan pembetulan serta pencegahan dilaksanakan dan mendapat pengesahan teknikal JPJ.
— MYNEWSHUB
P retweeted
Kalau anak bunuh orang, Menteri Pendidikan kena letak jawatan,
kalau anak tak bangun subuh, Menteri Agama kena letak jawatan jugak ke macam mana? 🤣
Kerisauan yang Cikgu2 pendamkan akhirnya dah nampak effectnya sekarang.
Isu disiplin pelajar sekarang dah masuk fasa next level. Bukan setakat ponteng sekolah/ dadah lagi, tapi isu bully, mental dan moral yang makin parah.
Belum masuk lagi part budaya gangsterism, budaya belen, idolizing school shooter, pergaulan bebas
Guru dan sekolah hari ini diletakkan dalam kedudukan yang mustahil. Nak rotan sikit, ibu bapa serang. Nak bagi denda mendidik, diugut saman sivil. Nak bertegas, muka guru ditularkan dengan naratif ‘guru zalim’
We have a lot to do to fix this. No more cadangan2 dangkal, inisiatif syok sendiri, atau dasar bertukar tukar yg sekadar buat sistem pendidikan kita sebagai eksperimen. No more
P retweeted
"Saya tidak mahu lihat KLIA jadi macam Selayang. Saya tidak mahu membiarkannya jadi macam itu".
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata demikian ketika mengulas mengenai sindiket warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Berita penuh: bharian.com.my/berita/nasion…































