Pinned Tweet
𝐀𝐃𝐕𝐀𝐍𝐂𝐄𝐃 𝐑𝐄𝐋𝐄𝐀𝐒𝐄 𝐂𝐀𝐋𝐄𝐍𝐃𝐀𝐑 (𝐀𝐑𝐂) | 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾📊
Advanced Release Calendar (ARC) memaparkan jadual penerbitan pelbagai statistik rasmi DOSM yang merangkumi indikator ekonomi, sosial serta sektor-sektor utama negara.
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
Selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat beragama Hindu yang meraikannya, khususnya 2.0 juta penduduk warganegara etnik India di Malaysia.
🤖 Made with AI
𝐒𝐭𝐚𝐭𝐢𝐬𝐭𝐢𝐤 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐃𝐎𝐒𝐌: 6 November 2026
𝐈𝐧𝐝𝐞𝐤𝐬 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐒𝐓𝟑 𝟐𝟎𝟐𝟔
Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia meningkat 3.6 peratus pada suku tahun ketiga 2026.
Laporan penuh boleh didapati melalui:
1. Portal DOSM (dosm.gov.my/portal-main/publ…);
2. eStatistik (newss.statistics.gov.my/); dan
3. Media Sosial DOSM @statsmalaysia
𝐒𝐭𝐚𝐭𝐢𝐬𝐭𝐢𝐤 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐃𝐎𝐒𝐌: 5 November 2026
𝐉𝐚𝐝𝐮𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐩𝐮𝐭-𝐎𝐮𝐭𝐩𝐮𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝟐𝟎𝟐𝟐
Pada tahun 2022, jumlah penawaran dan penggunaan komoditi mencecah RM5.6 trilion, meningkat 20.0 peratus berbanding tahun 2021.
Jumlah nilai ditambah meningkat sebanyak 18.9 peratus kepada hampir RM1.8 trilion pada tahun 2022. Sektor Perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar dengan sumbangan 52.6 peratus, diikuti oleh sektor Pembuatan sebanyak 25.2 peratus.
Laporan penuh boleh didapati melalui:
1. Portal DOSM (dosm.gov.my/portal-main/publ…);
2. eStatistik (newss.statistics.gov.my/); dan
3. Media Sosial DOSM @statsmalaysia
Terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang sudi meluangkan masa menerima kunjungan kami petang tadi.
Jumlah penduduk Malaysia pada 2025 dianggarkan 34.2 juta orang. Pada tahun yang sama, Jabatan Kebajikan Masyarakat merekodkan 814,966 orang kurang upaya (OKU) berdaftar, iaitu 2.4 peratus daripada keseluruhan penduduk negara.
Bilangan OKU berdaftar pada 2025 meningkat 8.5 peratus, iaitu daripada 751,421 orang pada 2024 kepada 814,966 orang.
Laporan penuh boleh didapati melalui:
1. Portal DOSM (dosm.gov.my/portal-main/publ…);
2. eStatistik (newss.statistics.gov.my/); dan
3. Media Sosial DOSM @statsmalaysia
Saya telah menerima kunjungan daripada YBrs. Tuan Mohd Khalid bin Mohamed Latiff, Ketua Pengarah Unit Pantau MADANI, Pejabat Perdana Menteri, bersama delegasi pada hari ini.
Perbincangan menyentuh peranan statistik rasmi DOSM dalam memantau pencapaian Kerangka Ekonomi MADANI, merangkumi indikator pertumbuhan ekonomi, produktiviti, pendapatan isi rumah, pasaran buruh dan kos sara hidup.
Jabatan Perangkaan Malaysia menzahirkan rasa dukacita atas pemergian mendiang Dato’ Ts. V. Valluvan a/l Veloo, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Ekonomi.
DOSM turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, khidmat bakti serta sumbangan mendiang kepada perkhidmatan awam sepanjang hayat perkhidmatannya. Semoga segala bakti yang dicurahkan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada warga perkhidmatan awam.
📅 Semak tarikh. Tandakan kalendar. Nantikan penerbitannya dan kekal peka dengan statistik rasmi DOSM. 📈
Kalendar ini juga boleh didapati melalui Portal DOSM di pautan:
dosm.gov.my/portal-main/arc











