‏َ (@ohweenaaa) header
‏َ (@ohweenaaa) profile picture

DM for paid review/collab & campaign 📩

Malaysia
Joined March 2020
Photo by ‏َ (@ohweenaaa)Photo by ‏َ (@ohweenaaa)Photo by ‏َ (@ohweenaaa)Photo by ‏َ (@ohweenaaa)Photo by ‏َ (@ohweenaaa)Photo by ‏َ (@ohweenaaa)Photo by ‏َ (@ohweenaaa)Photo by ‏َ (@ohweenaaa)Photo by ‏َ (@ohweenaaa)Photo by ‏َ (@ohweenaaa)
Pagi ini dapat pulang ke Pangkor, bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat setempat sempena Program Jelajah Sejahtera DesaKu @ DUN Pangkor. Program Jelajah Sejahtera DesaKu ialah inisiatif Kerajaan Negeri Perak yang bertujuan mensejahterakan masyarakat luar bandar, memperkukuh pentadbiran kampung seperti JPKK, serta mendekatkan perkhidmatan dan dasar kerajaan terus kepada penduduk desa Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program ini, antaranya pemeriksaan kesihatan, pameran dan perkhidmatan agensi kerajaan, aktiviti kemasyarakatan serta pelbagai pengisian untuk seisi keluarga. Alhamdulillah, seronok melihat sambutan masyarakat yang hadir. Ini peluang untuk berkumpul, bertanya khabar dan berjumpa rakan-rakan yang dah lama tak jumpa. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. InsyaAllah kita ada banyak lagi program-program yang sedang direncana untuk memberi khidmat terus kepada masyarakat. #ProgarmJelajahSejahteraDesaKu #Perak #Lumut #Pangkor #doczam
11
19
38
640
Setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026. Alhamdulillah, segalanya berlangsung dengan baik dan jayanya. Kejayaan FOI 2026 adalah hasil kerja keras, komitmen, pengorbanan dan semangat kebersamaan semua pihak, sama ada yang terlibat secara langsung mahupun di belakang tabir. Saya amat menghargai setiap usaha dan sumbangan anda semua. Sesungguhnya, kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Ampun dan maaf sekiranya sepanjang penganjuran FOI 2026 terdapat sebarang kekurangan atau kekhilafan. InsyaAllah, segala pengalaman dan pengajaran akan kita jadikan asas untuk terus menambah baik pada masa hadapan. We work as a TEAM dan anda semua telah membuktikannya. Sekali lagi, syabas kepada seluruh pasukan FOI 2026. Saya bangga dengan anda semua. Terima kasih semua yang hadir dan memeriahkan. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih! #PutrajayaFOI2026
21
40
397
HARI TERAKHIR, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK KE FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2026❗️ Festival Idea Putrajaya 2026 (Putrajaya FOI 2026) kini memasuki hari terakhir dengan pelbagai pengisian menarik yang menanti anda. 📌 Ikuti atur cara HARI KETIGA menerusi pautan foiputrajaya.com/ dan rancang kunjungan anda ke PICC! 📅 17 – 19 November 2026 (Selasa – Khamis) ⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang 📍 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 🎉 SEMUA DIJEMPUT HADIR! MASUK ADALAH PERCUMA! Jumpa anda di sana! 🌐 Nak tahu lebih lanjut tentang Putrajaya FOI 2026? Ikuti media sosial rasmi KPT atau layari laman sesawang Putrajaya FOI 2026 di putrajayafoi.mohe.gov.my/ “Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani” #PutrajayaFOI2026
11
21
39
449
Malam tadi saya berkesempatan meraikan kecemerlangan sembilan penyelidik negara yang menerima pengiktirafan Malaysia Scopus Research Star Awards (MRSA) 2026, selain jurnal-jurnal akademik yang menerima Journal CRÈME Awards 2026 bersempena Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026. Tahniah kepada semua penerima anugerah atas sumbangan besar dalam memperkasa budaya penyelidikan, inovasi dan penerbitan ilmiah negara. Saya sering menekankan bahawa kecemerlangan penyelidikan tidak seharusnya diukur melalui jumlah penerbitan atau sitasi semata-mata. Lebih penting, sejauh mana ilmu dan hasil penyelidikan yang dihasilkan mampu memberi manfaat kepada masyarakat, menyelesaikan permasalahan sebenar dan menyumbang kepada pembangunan negara. Saya juga ingin melihat lebih banyak penyelidikan berkualiti lahir daripada politeknik dan kolej komuniti, khususnya penyelidikan gunaan yang mempunyai hubungan langsung dengan keperluan industri dan masyarakat. Dalam era kecerdasan buatan (AI), kita perlu terus mempertahankan integriti dan kualiti penyelidikan. Teknologi boleh membantu mempercepat penemuan ilmu, tetapi nilai kejujuran, ketelitian dan tanggungjawab ilmiah tidak boleh dikompromi. Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk kita terus mengangkat kecemerlangan ilmu dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bukan sahaja menghasilkan penyelidikan, tetapi turut memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan manusia. #MRSA2026 #PutrajayaFOI2026
20
19
314
Inspired Coffee di FOI 2026 oleh pelajar Kolej Komuniti Selayang berkeperluan khas (OKU) di Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026. #PutrajayaFOI2026
9
20
20
400
Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 berlangsung pada 17-19 November 2026 di PICC Putrajaya. Semua dijemput hadir. Masuk adalah PERCUMA.
21
42
529
IDEA HARI INI UNTUK MASA HADAPAN MALAYSIA 💡🇲🇾 Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 yang bakal menghimpunkan pelbagai idea, pemikiran kreatif, inovasi dan aspirasi dalam membentuk masa hadapan negara. 📅 17 – 19 November 2026 (Selasa – Khamis) ⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang 📍 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Pelbagai pengisian menarik menanti anda! Kita jumpa di sana. Masuk adalah PERCUMA❗️ “Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani” #PutrajayaFOI2026
10
22
44
709
Persidangan Pembinaan Negara Bangsa 2026 akan berlangsung pada 30 November hingga 2 Disember 2026 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Persidangan ini menjadi wadah untuk menyatukan pemikiran, memperkukuh iltizam serta merangka hala tuju pembinaan Negara Bangsa yang berteraskan semangat patriotisme, kesetiaan kepada negara dan penghormatan terhadap kepelbagaian. Kita tak perlu sama untuk bersama. Bersama Membina Negara Bangsa. 🇲🇾
21
36
14
33
27,048
Sekitar Pengumuman Keputusan PRN Melaka.
22
45
824
FOI 2026 2 Hari lagi FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2026 : IDEA, INOVASI DAN INSPIRASI, SEMUANYA ADA DI SINI📣📣📣 Kurang daripada 48 jam lagi sebelum Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 menggegar Putrajaya! Ayuh bersama-sama menjadi sebahagian daripada festival yang menghimpunkan pemikiran bernas, idea kreatif, inovasi dan teknologi dalam membentuk masa hadapan negara dengan pelbagai pengisian menarik menanti anda, antaranya: 🤖 IdeaTech Showcase 💡 Wall of Tunnel dan Wall of Ideas 🎓 Mini Karnival Jom Masuk Universiti 🕵️‍♀️ Karnival Kerjaya .... dan banyak lagi! 📅 17 – 19 November 2026 (Selasa – Khamis) ⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang 📍 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 🌟 SEMUA DIJEMPUT HADIR! “Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani” #PutrajayaFOI2026
9
23
41
578
Esok, 14 November 2026, rakyat Melaka akan keluar menunaikan tanggungjawab untuk menentukan hala tuju negeri bagi tahun-tahun mendatang. Setelah hampir dua minggu berkempen, kini tibalah masanya untuk rakyat membuat keputusan. Alhamdulillah, sepanjang tempoh ini, Barisan Nasional telah turun ke segenap lapisan masyarakat, mendengar suara rakyat dan menyampaikan tawaran terbaik untuk masa depan Melaka. Demi kestabilan, kesinambungan pembangunan dan kesejahteraan rakyat Melaka, saya memohon agar memberikan kepercayaan kepada calon-calon Barisan Nasional untuk meneruskan agenda pembangunan, memelihara kestabilan dan memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan. Terima kasih kepada seluruh petugas pilihan raya, dan petugas keselamatan atas kerjasama anda semua dalam memastikan kelancaran PRN Melaka kali ini. Kepada semua jentera dan petugas Barisan Nasional, FOBN dan rakan-rakan, setinggi penghargaan atas segala usaha dan pengorbanan sepanjang tempoh berkempen. Semoga segala penat lelah ini membuahkan hasil yang baik. Selamat mengundi warga Melaka. Kita Birukan Melaka. #PRNMelaka #BarisanNasional #BNSayangRakyat #KitaGengBiru #BirukanMelaka
🤖 Made with AI
25
26
706
Pameran Omocha: Mainan Jepun Masa Kini anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama Japan Foundation dibuka kepada pengunjung sehingga 13 Disember 2026 di Muzium Perak, Taiping, Perak, mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Pameran ini memperkenalkan keunikan budaya permainan Jepun serta evolusinya daripada permainan analog dan mekanikal kepada permainan berasaskan teknologi digital, di samping memperkukuh hubungan kebudayaan dan persahabatan Malaysia-Jepun.
20
33
17
36
18,846
PRN Melaka kali ini menjadi penentu kepada hala tuju dan masa depan negeri ini untuk tahun-tahun mendatang. Esok, 10 November 2026, anggota keselamatan serta pasangan masing-masing akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal. Setiap undi membawa suara dan harapan rakyat. Tunaikanlah tanggungjawab ini dengan penuh amanah dan kebijaksanaan demi masa depan Melaka yang kita cintai. Semoga proses pengundian berjalan lancar dan dipermudah segala urusan. Buatlah pilihan dengan penuh pertimbangan demi kemakmuran, kestabilan serta kesejahteraan negeri Melaka. Kita Birukan Melaka. Selamat mengundi awal. #BirukanMelaka #PRNMelaka #BNForMelaka
24
43
752
Ayuh meriahkan Sambutan Hari Deepavali Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan bertemakan “Cahaya Deepavali, Semarak Perpaduan” pada 14 November (Sabtu) di Little India, Brickfields, Kuala Lumpur, yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung termasuk persembahan kebudayaan, pameran rumah etnik, peragaan fesyen, demonstrasi seni mempertahankan diri serta Konsert Malam Cahaya 2026.
21
31
15
24
18,384
🪔 Selamat Menyambut Hari Deepavali! 🪔 Kepada seluruh masyarakat beragama Hindu yang meraikannya, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali. Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan buat anda sekeluarga. Dalam kemeriahan sambutan ini, yang paling bermakna tentunya kasih sayang sesama keluarga, kemesraan antara jiran tetangga dan semangat persaudaraan yang terus menyatukan. Raikanlah bersama keluarga dan insan tersayang. Jangan dilupakan kepada mereka yang memerlukan, semoga kegembiraan perayaan ini dapat diraikan bersama. Selamat Menyambut Hari Deepavali juga khusus buat warga Kementerian Pendidikan Tinggi yang meraikannnya di seluruh negara. “Deepavali Nal Valthukal” ……………………….. My warmest wishes to all Hindus celebrating Deepavali. May this Festival of Lights bring peace, happiness and prosperity to you and your loved ones. As we celebrate, let us continue to strengthen the bonds of unity, kindness and togetherness that make our diverse society so special. “Deepavali Nal Valthukal”
🤖 Made with AI
21
38
574
DIRGAHAYU TUANKU! Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2026 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Patik dengan penuh takzim mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, dipanjangkan usia dalam keberkatan serta terus berada dalam limpahan rahmat dan inayah Allah SWT. Semoga di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Negeri Perak Darul Ridzuan terus aman, makmur dan sejahtera, serta seluruh rakyat sentiasa hidup dalam suasana harmoni dan penuh keberkatan. DAULAT TUANKU!
23
42
651
🌏 MALAYSIA DALAM KELOMPOK 14 DESTINASI PENDIDIKAN TINGGI UTAMA DUNIA! 🇲🇾 Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan pelajar antarabangsa apabila tersenarai dalam kelompok 14 destinasi pendidikan tinggi utama dunia, berdasarkan laporan ICEF Insights 2027. Kedudukan ini mencerminkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pengajian yang menawarkan yuran pengajian lebih berpatutan, kedudukan strategik yang dekat dengan pasaran sumber serta pelbagai tawaran biasiswa kepada pelajar antarabangsa. Dengan kehadiran seramai 159,100 pelajar antarabangsa, Malaysia terus memperkukuh reputasinya sebagai hab pendidikan tinggi global yang berdaya saing dan berkualiti. Malaysia, destinasi ilmu bertaraf dunia! 🌍🎓
22
35
537
Majlis Penyampaian Anugerah Global Educator Award (GEA) 2026. Rabu, 4 November 2026. Dewan Tuanku Canselor, UPSI. youtube.com/live/clUWjnmjFNU…
21
32
948
Salam takziah buat Saudari Husna Syakira binti Abd Halim, bakal graduan Universiti Malaysia Kelantan serta keluarga atas pemergian kedua ibu bapa yang terkorban dalam kemalangan untuk menghadiri majlis konvokesyen di UMK.
11
25
44
1,117
Jom imbau kembali suasana kehidupan desa menerusi program Nostalgia Anak Kampung: Kerja Kampung anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia yang akan berlangsung pada 6 hingga 8 November 2026 di Muzium Negara. Pelbagai pengisian menarik menanti pengunjung termasuk pameran, bengkel, demonstrasi kerja kampung, permainan tradisional, pertandingan, persembahan kebudayaan serta aktiviti interaktif yang mengetengahkan keunikan warisan dan kehidupan masyarakat desa.
21
37
15
32
14,662